
MAIM SEMAI KASIH SAYANG KEPADA ANAK YATIM RAYSAS SEMPENA HARI ASYURA
PANTAI KUNDOR 26 Jun – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menzahirkan rasa kasih dan sayang kepada anak yatim bersempena Hari Asyura yang jatuh pada tanggal 10 Muharam.
Menerusi Sambutan Hari Anak Yatim Tahun 2026M Bersamaan 10 Muharam 1448H, MAIM telah menyantuni anak-anak di Rumah Anak-anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj (RAYSAS), di sini.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Setiausaha MAIM Shaifulfazlee Mohamad dan turut bersama, Pengerusi RAYSAS, Datuk Wira Yaakub Md Amin; Timbalan Pengerusi RAYSAS Datuk Noradibah Abdullah serta Ahli Dewan Negara merangkap Ahli Jawatankuasa RAYSAS, Senator Datuk Dr. Mustafa Musa.
Pada majlis itu, MAIM bukan sahaja menyantuni anak-anak yatim, bahkan turut menyampaikan sumbangan sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan anak-anak kurang bernasib baik itu.
Sambutan itu juga, turut bertujuan memberi sokongan moral kepada anak-anak yatim di negeri ini sebagai suntikan semangat untuk mereka menjadi insan berjaya pada masa hadapan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HELMY CAKNA ANAK ISTIMEWA
DUYONG 9 November - Pelbagai inisiatif bagi memperkasa pendidikan dan kebajikan anak-anak istimewa terus menjadi keutamaan calon kerusi Dewan Undangan...
UNDI AWAL KAYU PENGUKUR MOMENTUM SOKONGAN PRN MELAKA – AB RAUF
MACHAP JAYA 9 November - Proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 disifatkan sebagai kayu pengukur kepada momentum...
PRN MELAKA: MCA TIDAK AKAN TINGGALKAN MASYARAKAT CINA
BANDA HILIR 9 November - MCA tidak akan mengundur diri daripada memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina di Melaka meskipun terpaksa bertanding...
MACHAP JAYA YAKIN MAMPU SUMBANG KEMENANGAN BESAR BUAT BN
MACHAP JAYA 9 November - Barisan Nasional (BN) yakin mampu menyumbang kemenangan besar di N.08 Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...
PRN MELAKA: CALON PN AYER KEROH UBAH STRATEGI DEKATI ‘GEN Z’
BUKIT KATIL 9 November - Pendekatan kempen secara konvensional dilihat semakin mencabar untuk mendekati pengundi muda khususnya Generasi Z (Gen...
PRN MELAKA: NORAZRIL PERHEBAT KEMPEN FIZIKAL, DIGITAL MINGGU TERAKHIR
REMBIA 9 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi N.12 Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, Ahmad Norazril Abd Aziz...
