
Majlis angkat sumpah Yang di-Pertua Negeri Melaka yang baharu Jumaat ini
MELAKA 1 Jun — Majlis angkat sumpah jawatan Yang di-Pertua Negeri Melaka yang baharu dijadual berlangsung di Balai Istiadat, Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini pada 10 pagi, Jumaat ini (5 Jun).
Jabatan Ketua Menteri Melaka dalam kenyataan kepada Bernama hari ini memaklumkan ini akan diikuti dengan majlis serah tugas antara Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob dengan Yang di-Pertua Negeri Melaka yang baharu di Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 11 pagi.
Majlis serah tugas jawatan itu akan bermula dengan bacaan doa oleh Mufti Kerajaan Negeri Melaka Datuk Abdul Halim Tawil, sebelum ucapan oleh Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali.
Mohd Khalil kemudian dijadual menyampaikan ucapan diikuti ucapan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka yang baharu, menurut kenyataan itu.
Semua yang hadir diminta mematuhi kod etika pakaian isitiadat yang ditetapkan.
— BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA BINA 13 MASJID BAHARU DALAM TEMPOH TIGA TAHUN – KM
TELOK MAS 18 Jun - Sebanyak 13 masjid baharu telah dibangunkan Kerajaan Negeri dalam tempoh tiga tahun sebagai bukti komitmen...
KETUA MENTERI TURUN PADANG SANTUNI RAKYAT TELOK MAS
TELOK MAS 18 Jun - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh meneruskan pendekatan mendekati rakyat apabila meluangkan masa...
PETUGAS PEMBERSIHAN PERKUKUH DAYA TARIKAN PELANCONGAN MELAKA
BANDA HILIR 18 Jun - Peranan yang dimainkan oleh pekerja pembersihan amat besar terutamanya dalam mengekalkan imej Melaka sebagai destinasi...
WARGA SMK TELOK MAS TERUJA SAMBUT KETUA MENTERI
TELOK MAS 18 Jun - Suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Mas bertukar gamat apabila pelajar memberikan tepukan gemuruh...
KHPM EDISI MELAKA SASAR 50,000 PENGUNJUNG – KUSKOP
PUTRAJAYA 17 Jun - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan kehadiran lebih 50,000 pengunjung ke Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia...
PERUNTUKAN RM300,000 E-MIKRO PERKASA KOPERASI MELAKA
AYER KEROH 18 Jun - Kerajaan Negeri terus memperkukuh peranan koperasi sebagai pemangkin ekonomi rakyat menerusi peruntukan RM300,000 bagi Program...


