Makan Malam GP Moto himpun 20,000 ‘bikers’

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 14 Jun – Lebih 20,000 penunggang motosikal berkuasa tinggi berhimpun pada Majlis Makan Malam GP Moto di Dataran Perbadanan Melaka (MCORP) di sini, malam ini.

Majlis itu diadakan sempena Malaysia Bike Week Melaka 2024 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini sehingga 16 Jun (Ahad) ini.

Penganjuran Malaysia Bike Week kali ini mendapat penyertaan penunggang motosikal berkuasa tinggi seluruh Malaysia selain negara luar seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.

Terdahulu majlis makan malam tersebut disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang hadir kira-kira pada jam 8.32 malam.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Saleh yang menjalanka tugas Setiausaha Kerajaan Negeri; Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Abdul Aziz Engan; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh serta lain-lain kenamaan.

Lebih menarik majlis itu diserikan dengan persembahan penyanyi legenda Datuk Ramli Sarip.

Whatsapp Image 2024 06 14 At 9.42.27 Pm
DERETAN motosikal berkuasa tinggi dihimpunkan di Malaysia Bike Week Melaka 2024

Malaysia Bike Week adalah acara berprestij yang akan menarik kehadiran pemilik dan peminat motosikal dari dalam dan luar negara untuk melihat secara dekat pelbagai jenis motosikal.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

411
Kongsi :
Previous post ‘Terima kasih Sultan Ibrahim’
Next post Malaysia Bike Week Melaka 2024 angkat Melaka destinasi pelancongan permotoran unggul – Ab Rauf
Ubah saiz-+=