
Makcik Kemboja, anak lelakinya dituduh esok
AYER KEROH 6 Disember – Seorang usahawan wanita warga Kemboja yang juga pempengaruh media sosial yang sebelum ini tular kerana didakwa menyentuh sensitiviti masyarakat Melayu akan dituduh esok di Kompleks Mahkamah Melaka, di sini esok.
Ketua Polis negeri, Datuk Wira Zainol Samah berkata, wanita berusia 47 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 505(c) Kanun iaitu mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum.
“Anak lelakinya berusia 22 tahun turut dituduh mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
“Pendakwaan akan dilakukan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, Melaka esok,” katanya dalam satu kenyataan.
Media sebelum ini melaporkan polis menerima 14 laporan polis termasuk tujuh di Melaka berhubung kenyataan wanita terbabit mengatakan ‘Melayu malas’ menerusi media sosial Tik Tok.
Bagaimanapun pada 27 November lalu, usahawan berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi sidang media susulan video tular itu yang menimbulkan kemarahan orang ramai.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
REMAN SUSPEK KES PEMBUNUHAN MAYAT REPUT DALAM TILAM DISAMBUNG TUJUH HARI LAGI
MELAKA 4 Jun - Suspek kes pembunuhan melibatkan penemuan mayat reput di dalam balutan tilam dengan tangan terikat di sebuah...
ABDUL HALIM DILANTIK SEMULA MUFTI MELAKA
SERI NEGERI 4 Jun - Datuk Wira Abdul Halim Tawil dilantik semula sebagai Mufti Kerajaan Negeri Melaka. Ia selepas beliau...
PENDUDUK LEGA, KEMELUT GANGGUAN BEKALAN AIR SELESAI
PENGKALAN BATU 4 Jun - Kira-kira 100 penghuni Blok B, Rumah Pangsa Batu Berendam, di sini, dapat menarik nafas lega...
MEDIPULIH LANCAR KAD RAHMAH, PERLUAS AKSES KESIHATAN MAMPU MILIK
AYER KEROH 4 Jun - MediPulih Melaka memperluas akses kesihatan mampu milik menerusi pelancaran Kad Rahmah pada Grand Opening MediPulih...
TEMPOH PERCUBAAN ‘GO STRAIGHT’ DI PERSIMPANGAN HICOM PEGOH, JALAN TUN ABDUL RAZAK
AYER KEROH 4 Jun - Tempoh percubaan bagi inisiatif 'Go Straight' dilaksanakan diPersimpangan Hicom-Pegoh dan Jalan Tun Abdul Razak -...
UJIAN MOHD HAFIZ DAPAT PERHATIAN KERAJAAN NEGERI
BANDA HILIR 4 Jun - Kunjungan Ziarah Kasih sempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Banda...
