
Malaysia komited perkukuh hubungan dua hala dengan Mesir – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 14 Mac – Malaysia komited menjalin kerjasama rapat dengan Mesir untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri dalam catatan di akaun Facebook beliau hari ini menyatakan komitmen Malaysia itu ketika menerima kunjungan hormat Menteri Luar Mesir Sameh Hassan Shoukry di pejabatnya hari ini.
“Saya bersyukur Malaysia dan Mesir bersetuju mengaktifkan semula mekanisme hubungan dua hala dan menggalakkan pertukaran lawatan peringkat tinggi secara kerap selepas dilanda pandemik COVID-19,” katanya.
Ismail Sabri berkata dalam pertemuan itu, beliau turut menyampaikan ucapan terima kasih Malaysia kepada Mesir kerana memberikan vaksin COVID-19 kepada rakyat Malaysia yang menetap di negara itu.
Katanya sejumlah 2,930 daripada 7,145 pelajar Malaysia di Mesir telah divaksin.
Catatan Facebook itu turut memaparkan video kunjungan hormat serta pertemuan Ismail Sabri dan Sameh. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PERZIM AJAK RAKYAT MALAYSIA HAYATI ERTI KEMERDEKAAN
AYER KEROH 15 Ogos - Bagi membangkitkan semangat cintakan negara dan patriotisme Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengatur pelbagai pengisian serta...
KEJOHANAN EMPAT PENJURU, MEDAN MELAKA FC UJI KESERASIAN PEMAIN
BANDA HILIR 14 Ogos - Kejohanan Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 menjadi medan penting buat Melaka FC...
MAIM BAIK PULIH LIMA PREMIS TERBIAR DALAM KAWASAN TAPAK WARISAN
AYER KEROH 14 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengambil tindakan segera dengan memberi nafas baharu kepada lima premis...
MELAKA FC ANJUR KEJOHANAN EMPAT PENJURU SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG DI-PERTUA NEGERI
BANDA HILIR 14 Ogos - Melaka FC menyasarkan penganjuran The Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 sebagai acara...
MPHTJ SELESAIKAN 70.2 PERATUS ADUAN RAKYAT
AYER KEROH 14 Ogos - Penyelesaian masalah dan aduan rakyat menjadi antara ukuran utama prestasi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
PERZIM SASAR 4,000 PENGUNJUNG SERBU ENAM MUZIUM 31 OGOS INI
AYER KEROH 14 Ogos - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menyasarkan lebih 4,000 pengunjung melawat muzium dan galeri di bawah seliaannya...

