Mangsa kedua lemas di Kem Terendak ‘pergi’ jua

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

SUNGAI UDANG 20 Oktober – Selepas seminggu bertarung nyawa, mangsa kedua dalam insiden lemas di Pantai Mutiara Kem Terendak, Jumaat lalu menghembuskan nafas malam tadi.

Mangsa, Mohamad Lukhman Aliff Mokhtar, 16 yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kem Terendak meninggal dunia pada jam 8 malam selepas dirawat Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, selepas kejadian lemas pada 13 Oktober lalu, mangsa dibawa ke hospital berkenaan untuk menerima rawatan lanjut.

Katanya, sepanjang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan, mangsa dibantu oleh alat pernafasan.

“Pemeriksaan secara berkala dilakukan pihak hospital mendapati mangsa mengalami ‘brain death’ atau kematian otak akibat kekurangan oksigen.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 8 malam tadi di hospital berkenaan dan punca kematian disebabkan ‘brain death’ akibat lemas,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata jenazah mangsa akan dibawa pulang ke Pasir Mas, Kelantan untuk dikebumikan.

Sebelum ini, dalam kejadian 13 Oktober lalu, Melaka Hari Ini melaporan mangsa pertama kejadian itu, Faris Darwisy Mohd Faizal, 16 ditemui lemas ketika menyelamatkan Mohamad Lukhman Aliff dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang.

Christoper dilaporkan berkata, kedua-dua mangsa bersama 12 rakan dan dua guru pergi ke pantai berkenaan bagi meraikan hari terakhir guru pelatih sekolahnya.

Katanya, selepas jamuan makan di tepi pantai, kedua-dua mangsa mandi di pantai sebelum salah seorang daripadanya ditemui lemas manakala seorang lagi dihantar ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1303
Kongsi :
Previous post Industri EV beri impak kepada institusi TVET
Next post Melaka mampu capai sasaran negeri rendah karbon sebelum 2050
Ubah saiz-+=