Melaka mampu capai sasaran negeri rendah karbon sebelum 2050

Masa Membaca:1 Minit, 32 Saat

GADEK 20 Oktober – Melaka mampu menjadi negeri rendah karbon paling awal di Malaysia, iaitu sebelum tahun 2050, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Katanya, perkara itu adalah berdasarkan kepada kesungguhan dan dasar Kerajaan Negeri yang mahu memperkasakan pembangunan industri automotif elektrik, selain pelaksanaan pelbagai inisiatif lain yang mampu menyumbang kepada pengurangan karbon.

Ab Rauf berkata, setakat ini Melaka menjadi pilihan syarikat pemasang dan pembuat kenderaan elektrik (EV) EP Manufacturing Berhad (EPMB) yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Hicom Pegoh.

“Kita sedang menuju kearah hasrat untuk menjadikan Melaka sebagai negeri rendah karbon yang paling terawal di negara ini.

“Semua perkara ini sudah lama dirancang awal sejak lima tahun lalu lagi. Sekarang dengan wujudnya fasiliti automotif bagi industri kenderaan EV pertama di Malaysia, Melaka juga berada pada landasan betul menuju kearah negeri rendah karbon.

“Kita juga mahu menarik lebih banyak pelabur-pelabur datang ke Melaka menyumbang dan menjadi pelopor ke arah industri menyokong inisiatif rendah karbon pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Kilang Kenderaan Baharu Milik EMPB di Kawasan Perindustrian Hicom Pegoh, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri Melaka, Datuk Salhah Salleh; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan; Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan, Ngwe Hee Sem; Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin; Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET, Datuk Khaidhirah Abu Zahar.

Yang turut hadir, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Kerk Chee Yee; Pengerusi Eksekutif Kumpulan EPMB, Hamidon Abdullah; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPMB, Ahmad Razlan Mohamed; Pengarah Eksekutif Kanan Advokasi Polisi Pelaburan MIDA, Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid dan Pengarah MIDA Melaka, Jaibalan Harirajan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1005
Kongsi :
Previous post Mangsa kedua lemas di Kem Terendak ‘pergi’ jua
Next post Tingkatkan produktiviti, lakukan pembaharuan – Exco
Ubah saiz-+=