
Mantan Ketua Menteri Melaka ke-5 meninggal dunia
AYER KEROH 21 September – Mantan Ketua Menteri Melaka ke-5, Datuk Seri Mohd Adib Mohamad Adam meninggal dunia hari ini.
Allahyarham berkhidmat sebagai Ketua Menteri Melaka bagi tempoh 11 Julai 1978 hingga 26 April 1982.
Selain itu Allahyarham juga pernah menjawat jawatan Menteri Penerangan dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Koperasi dan Usahawan.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, bagi pihak Kerajaan Negeri Melaka merakamkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham atas pemergiannya.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah,” katanya menerusi satu kenyataan.
Difahamkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Makam Pahlawan Melaka, Masjid Al-Azim selepas Solat Maghrib.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA MENTERI HARGAI PENGORBANAN RAKYAT MELAKA BERTUGAS DI HARI RAYA
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menzahirkan penghargaan terhadap semua rakyat Melaka yang...
TOK RAUF KONGSI KEMAJUAN KAMPUNG PULAU
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkongsi pencapaian dan kemajuan Kampung Pulau dalam...
‘BOT KUDA BELANG’ HIASI SUNGAI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 21 Mac - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bersama Zoo Melaka berganding bahu memperkasakan sektor pelancongan...
TYT TUNAI SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI MASJID AL-AZIM
PENGKALAN BATU 21 Mac - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan...
TOK RAUF TUNAI SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI KAMPUNG PULAU
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama kira-kira 500 jemaah menunaikan solat sunat...
JKR MELAKA SENTIASA PANTAU PAPAN TANDA ROSAK, UZUR
TABOH NANING 21 Mac - Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri sentiasa memantau keadaan papan tanda di seluruh Melaka ia bagi...
