
MAQIS Selangor rampas 25 tan buah kurma dari Arab Saudi
KLANG 22 Mac. – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) negeri Selangor berjaya menggagalkan cubaan sebuah syarikat tempatan, membawa masuk 25,200 kilogram buah kurma dari Arab Saudi di Pelabuhan Klang Barat, di sini pada Sabtu lalu.
Pemangku Pengarah MAQIS Selangor Zamri Hashim dalam satu kenyataan hari ini berkata, rampasan itu dibuat selepas pemeriksaan rutin yang dilakukan pegawai penguat kuasa MAQIS kira-kira jam 11 pagi.
Menurutnya barang dagangan itu yang dianggarkan bernilai RM141,229.44, ditahan kerana tidak mematuhi syarat seperti mana dinyatakan pada permit import MAQIS, iaitu tidak mematuhi Sijil Perakuan 3P Penggredan, Pembungkusan, dan Pelabelan.
Beliau berkata kegagalan mengemukakan maklumat tersebut adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara maksimum enam tahun atau keduanya sekali, di bawah Seksyen 15(2) Akta yang sama.
Katanya lagi, pihaknya mengambil serius dalam isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak, yang boleh mengancam kelestarian makanan negara.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MHI, DBP WILAYAH SELATAN PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MARTABAT BAHASA
AYER KEROH 9 April - Melaka Hari Ini (MHI) Sdn Bhd bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP Wilayah Selatan terus...
MAIM SEDIA 6 PROGRAM KEMAHIRAN BANTU PERKASA ASNAF
PENGKALAN BATU 9 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus memainkan peranan dalam membantu memperkasa golongan asnaf dengan menyediakan...
MELAKA NAIKKAN PERUNTUKAN ‘MELAKA RUMAHKU’ KEPADA RM5 JUTA
ASAHAN 9 April - Peningkatan jumlah peruntukan Program Melaka Rumahku (PMR) kepada RM5 juta bagi 2026 membuktikan Kerajaan Negeri amat...
KRISIS ASIA BARAT: TEMPAHAN TUNAI UMRAH MENURUN 20 PERATUS
BUKIT KATIL 9 April - Lebih 20 peratus penurunan tempahan menunaikan ibadah umrah direkodkan agensi-agensi pelancongan yang berdaftar di bawah...
MELAKA ADA ASAS TIDAK LAKSANA ‘BDR’
SERI NEGERI 9 April - Keputusan Kerajaan Negeri tidak melaksanakan dasar bekerja dari rumah (BDR) mempunyai asasnya, kata Setiausaha Kerajaan...
MPJ BANGUNKAN KEMUDAHAN REKREASI INKLUSIF, MESRA OKU
JASIN 9 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) berhasrat untuk menyediakan lebih kemudahan rekreasi yang mesra orang kurang upaya (OKU)...
