KM terima kunjung hormat Nancy sempena lawatan kerja rasmi ke Melaka

Masa Membaca:55 Saat

AYER KEROH 22 Mac – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri mengadakan kunjung hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali di pejabatnya di Seri Negeri sempena Siri Jerayawara (roadshow) Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 Negeri Melaka, hari ini.

Ketibaan beliau kira-kira jam 10.30 pagi itu disambut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Hasim Hasan bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Salhah Salleh dan barisan pengurusan tertinggi MOTAC.

Kehadiran Nancy bagi membincangkan mengenai sektor pelancongan di Negeri Melaka.

Beliau kemudiannya mengadakan perjumpaan bersama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam pada jam 11 pagi.

Sejurus itu, Nancy mengiringi Mohd Ali mengadakan lawatan ke Taman Seribu Bunga disusuli makan tengah hari dengan persembahan Dondang Sayang dan Muzik Asli.

Di sebelah petang pula Nancy akan menyertai Sesi Jerayawara Dasar Pelancongan Negara bersama Muhammad Jailani serta Penggiat Industri Pelancongan Negeri di Hotel MITC bagi mengakhiri lawatan pada hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

461
Kongsi :
Previous post Dua maut struktur besi kren jatuh di alam damai, Cheras
Next post MAQIS Selangor rampas 25 tan buah kurma dari Arab Saudi
Ubah saiz-+=