
MASALAH JALAN GELAP LEBUH SPA SELESAI TAHUN INI
AYER KEROH 4 Julai – Jalan gelap di beberapa kawasan di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) akan diterangi lampu tidak lama lagi.
Berita gembira itu dimaklumkan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer yang memaklumkan penambahbaikan tersebut akan diselesaikan dalam tahun ini.
“Kepada pengguna jalan raya di Lebuh SPA, Insya-Allah tahun ini akan selesai semua masalah jalan gelap apabila pemasangan lampu jalan akan dilaksanakan.
“Ia akan dipasang secara berperingkat dalam tempoh setahun ini,” katanya dalam satu hantaran video selepas melawat ke tapak pemasangan lampu jalan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Batu Gajah – Merlimau, baru-baru ini.
Selain Lebuh SPA, Hameed berkata, Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Melaka dan agensi berkaitan juga sedang merangka pemasangan lampu di beberapa jalan di kawasan luar bandar di negeri ini.
“Kita sedang melihat kawasan-kawasan luar bandar yang perlu diterangkan dan Insya-Allah ia akan diselesaikan satu persatu,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
17 DAS MERIAM BUKA TIRAI ISTIADAT PINGAT MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Dentuman 17 das tembakan meriam memecahkan suasana pagi di Seri Negeri, menandakan bermulanya Istiadat Penganugerahan...
RM450,000 BANTU RAKYAT ASAHAN DIAMI RUMAH LEBIH SELESA
ASAHAN 24 Ogos - Sebanyak 13 permohonan menerusi inisiatif Melaka Rumahku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan diluluskan sehingga tahun...
BUKTI ORANG ASAHAN SAYANG TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - Kehadiran ribuan rakyat memeriahkan siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi...
AGENDA SEJAHTERAKAN ASAHAN BELUM BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Tamatnya siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bukan bermakna komitmen...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN YB ALONG SANTUNI 32,000 WARGA ASAHAN
ASAHAN 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan atau lebih mesra dikenali sebagai...
‘KENAPA MELAKA TAK RELAKS?’ INI KATA TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - "Tok Rauf, apa yang tak relaks sangat Melaka ni... Ketua Menteri sendiri pula turun dari satu...
