Masih awal untuk bincang soal lantikan EXCO – Presiden MCA

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

JOHOR BAHRU, 13 Mac – Masih terlalu awal untuk membincangkan hal berkaitan calon Exco Kerajaan Negeri Johor susulan kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Wee berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru sahaja menyampaikan keputusan rasmi PRN Johor kepada Istana Johor, dan proses pertama selepas itu lantikan Menteri Besar perlu berlangsung terlebih dahulu.

“Prosedur biasa ialah mesti dapat perkenan Tuanku (Sultan Johor) dahulu untuk melantik seorang Menteri Besar. Selepas Menteri Besar angkat sumpah barulah proses untuk lantikan ahli mesyuarat kerajaan akan berlaku dan di situ akan ada perbincangan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas persoalan adakah MCA sudah berbincang tentang calon Exco daripada parti itu.

PRN Johor berakhir semalam dengan kemenangan besar BN yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC yang berjaya menawan 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala Pakatan Harapan memenangi 11 kerusi, Perikatan Nasional memenangi tiga dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) serta PKR masing-masing berjaya meraih satu kerusi.

MCA menang empat kerusi iaitu Ling Tian Soon (Yong Peng), Tan Eng Meng (Pekan Nanas), Lee Ting Han (Paloh) dan Tan Chong (Bekok).- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

719
Kongsi :
Previous post Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia bantu realisasikan hasrat pelajar luar bandar ke IPT – PM
Next post KKM sasar 50 peratus kanak-kanak terima vaksin COVID-19 sebelum persekolahan bermula
Ubah saiz-+=