Sorting by

×

Masjid Selat bakal berwajah baharu

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

BANDARAYA MELAKA 22 September – Kerja naik taraf dan mengindahkan Masjid Selat di Pulau Melaka, bakal menjadikannya sebagai sebuah lagi destinasi menarik untuk dikunjungi sepanjang kempen Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) berbaki kurang 100 hari sahaja lagi.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata kerja-kerja berkenaan membabitkan kos RM2.8 juta yang disalurkan daripada Kerajaan Negeri

Rahmad berkata, naik taraf itu membabitkan kerja-kerja landskap, tandas, bahagian hadapan iaitu dataran dan kiosk bagi keselesaan pelawat serta umat Islam menggunakan fasiliti di bangunan berkenaan.

“Berikutan itu aktiviti membabitkan pelancongan di Masjid Selat dihentikan atau ditutup sementara dan akan disambung semula selepas projek ini siap sepenuhnya, dijangka pada hujung tahun ini.

“Penutupan ini adalah untuk mengelakkan kejadian tidak diingini seperti pelancong cedera atau sebagainya, namun aktiviti solat dan program-program mengimarahkan masjid tetap berjalan seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata, demikian selepas menghadiri Majlis Anugerah Zakat Melaka Sektor Awam dan Swasta Tahun 2022 di sebuah hotel, di sini, semalam.

Menurutnya, proses penyelenggaraan dan naik taraf masjid berkenaan adalah sebagai persediaan menyambut TMM 2024 kerana ia merupakan satu daripada tumpuan pelancong asing ke Negeri Melaka.

Lokasinya yang menghadap Selat Melaka menjadikan masjid itu sebagai destinasi tumpuan pelawat asing dan tempatan untuk bergambar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1223
Kongsi :
Previous post Setiap PBT Melaka perlu ada tandas lima bintang
Next post Dendam lama jadi punca lelaki dibunuh kejam
Ubah saiz-+=