Sorting by

×

Masjid Tanah Berselawat dijangka melebihi sasaran

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

BANDARAYA MELAKA 27 Oktober – Umat Islam bercadang untuk hadir bagi bersama-sama memeriahkan Program Masjid Tanah Berselawat Malam Cinta Rasul, dinasihatkan supaya merancang perjalanan bagi mengelakkan daripada terperangkap dalam kesesakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, meskipun 5,000 orang sahaja dijangka hadir, namun pihaknya percaya ia akan melebihi angka yang disasarkan.

Hameed berkata, pihaknya mengalu-alukan kedatangan umat Islam termasuk dari luar Negeri Melaka ke program berkenaan yang dijadualkan berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram pada Sabtu ini.

“Berdasarkan hebahan dan perkongsian di media sosial saya difahamkan maklumat berhubung program ilmu ini sudah sampai ke Selangor.

“Jumlah kehadiran dijangka lebih tinggi daripada sasaran kerana orang ramai ingin mengambil peluang bersama-sama Al Fadhil Sheikh Abdul Karim Omar dan beberapa jemputan lain. Justeru, saya minta penduduk setempat terutamanya datang,” katanya.

Beliau yang juga Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri berkata, program dijadualkan bermula pada 6.30 petang dan antara pengisiannya adalah ceramah, solat berjemaah, maulid qasidah dan berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

“Merancang perjalanan adalah penting untuk memudahkan semua yang mahu datang ke majlis ini, jika berkumpulan mereka disarankan agar berkongsi kenderaan.

“Selain itu turut diingatkan mereka yang hadir untuk bawa bersama tikar dan sejadah sendiri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2841
Kongsi :
Previous post Benih padi ‘mutan’ tingkatkan hasil beras
Next post 68 peratus graduan UTeM merupakan lepasan bidang TVET
Ubah saiz-+=