Mayat berulat, hampir reput ditemui di Pulau Sebang

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

AYER KEROH 18 September – Mayat dipercayai lelaki tanpa identiti ditemui orang awam dalam keadaan berulat dan hampir rebut berhampiran kebun kelapa sawit di Pulau Sebang, Alor Gajah, Sabtu lalu.

Ketua Polis Melaka Datuk Wira Zainol Samah berkata, penemuan mayat itu diterima daripada orang awam yang terhidu bau busuk kira-kira jam 10 pagi sebelum pasukan forensik bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut.

Beliau berkata, siasatan awal di lokasi kejadian menjumpai satu mayat tanpa identiti dan hanya berseluar ‘jeans’ dalam keadaan berulat serta hampir reput yang berada dalam rimbunan semak samun.

“Siasatan kes ini pada awalnya diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR) namun hasil bedah siasat dijalankan semalam mengesahkan mangsa mempunyai kesan kecederaan pada bahagian badan serta kepala.

“Turut ditemukan, beberapa kesan luka tajam pada bahagian leher, dada, kedua belah tangan dan kaki serta tulang rahang retak.

“Malah menurut pakar juga, mangsa mengalami kecederaan parah akibat daripada kecederaan objek tajam namun tiada kesan bakar ditemui pada bahagian badan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Zainol berkata, siasatan di lokasi kejadian bagaimanapun tidak menemukan sebarang senjata yang dipercayai digunakan.

Dalam pada itu katanya, terdapat satu laporan berkaitan orang hilang yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengaitkan kehilangan itu dengan penemuan mayat terbabit sehingga keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) diperolehi.

“Pengecaman dibuat ke atas mayat oleh ahli keluarga juga tidak dapat dikenal pasti kerana keadaan mayat yang hampir reput dan berulat.

“Justeru itu siasatan lanjut berhubung penemuan itu masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

10868
Kongsi :
Previous post 34 mahasiswa UTeM ditauliahkan Leftenan Muda RAW
Next post Terapi mural bantu kurangkan tekanan banduan
Ubah saiz-+=