
MAYAT LELAKI DALAM BAGASI DISYAKI WARGA ASING – POLIS
KUALA LUMPUR 11 Disember – Mayat lelaki yang ditemukan dalam sebuah bagasi di Cheras Perdana, Bandar Tun Hussein Onn, Kajang di sini semalam, disyaki warga asing susulan tiada tanda suntikan BCG pada mangsa.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata hasil bedah siasat yang dijalankan pakar patologi Hospital Serdang hari ini turut mendapati tiada kecederaan lain pada badan mangsa kecuali patah di bahagian hidung.
“Mangsa dipercayai berusia lingkungan 20-an dengan ketinggian 155 sentimeter dan berat 45 kilogram, berpakaian baju dan seluar pendek floral warna hijau serta cincin perak di jari kanan.
“Mayat juga dalam keadaan lengkap anggota badan dan punca kematian tidak dapat dipastikan serta menunggu keputusan makmal,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Naazron berkata orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta hadir membuat pengecaman berdasarkan barang bukti yang ditemui bersama mangsa di Hospital Sedang atau menghubungi pegawai penyiasat kes ASP Umesh Ratna Kumar di talian 012-6114900.
Semalam, media melaporkan mayat lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan dalam bagasi oleh orang awam kira-kira 11.45 pagi dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
USAHA BASMI AEDES PERLU LIBAT SELURUH KOMUNITI
JASIN 26 September - Usaha membasmi tempat pembiakan Aedes perlu dilaksana secara berterusan menerusi penglibatan seluruh komuniti, sekali gus memutus...
HANYA RM35, JOM MANDI-MANDA DI MELAKA WONDERLAND
AYER KEROH 26 September - Hanya RM35 seorang, orang ramai kini berpeluang menikmati pengalaman mandi-manda di taman tema air Melaka...
PRN MELAKA: BN ADAKAN DUA RUNDINGAN BERASINGAN MINGGU DEPAN
AYER KEROH 26 September - Barisan Nasional (BN) akan mengadakan dua pertemuan berasingan minggu depan bagi membincangkan kerjasama politik menghadapi...
MELAKA KOMITED SOKONG HARI CUCI MALAYSIA
JASIN 26 September -Melaka komited menyokong pelaksanaan Hari Cuci Malaysia 2026 menerusi penglibatan kesemua empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), jabatan...
MELAKA PENTAS SEJARAH, PERADABAN DUNIA – AB RAUF
AYER KEROH 26 September - Melaka mungkin kecil pada peta, namun mempunyai kedudukan besar dalam lembaran sejarah dunia, khususnya dalam...
VATICAN CITY SIMPAN RAHSIA SEJARAH HANG TUAH
AYER KEROH 26 September - Vatican City dikatakan menyimpan satu rahsia sejarah yang berpotensi membuka lembaran baharu mengenai Laksamana Hang...
