
MBMB mandulkan 252 kucing dan 35 anjing terbiar
AYER KEROH 11 Mac. – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengambil insiatif mengembiri 287 haiwan terbiar, baru-baru ini.
Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata, daripada jumlah itu sebanyak 252 kucing dan 35 anjing dikembirikan termasuk diberi rawatan percuma.
“Pertubuhan Noah’s Ark Natural Animal Shelter (NANAS) turut memberi perkhidmatan kembiri dan rawatan percuma kepada kucing atau anjing dimiliki Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pemilik haiwan peliharaan yang kurang mampu.
“Ini sekali gus membantu haiwan-haiwan liar atau peliharaan mendapatkan rawatan percuma supaya tidak mudah dijangkiti penyakit,” katanya kepada MHI.
Program Kesedaran Kembiri 2021 anjuran bersama NANAS itu diadakan selama dua hari bermula 6 sehingga 7 Mac lalu di Taman Kota Laksamana.
Bayaran dikenakan bagi khidmat kembiri adalah RM50 bagi seekor kucing, anjing liar jantan/betina (RM100/ekor), anjing betina peliharaan (RM150/ekor), anjing jantan peliharaan (RM100/ekor) manakala bagi anjing peliharaan melebihi 15 kilogram (kg), setiap tambahan kg akan dicaj RM10.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
36 DARIPADA 97 ADUAN WRUR DUN AYER LIMAU SELESAI
AYER LIMAU 10 September – Sebanyak 36 daripada 97 aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
WRUR AYER LIMAU: SISA DAPUR JADI BAJA, SURI RUMAH JIMAT BELANJA
AYER LIMAU 10 September - Jangan terus anggap sisa makanan dari dapur sebagai sampah kerana bahan berkenaan sebenarnya boleh ditukar...
‘TERIMA KASIH TOK HAMEED SENTIASA BANTU RAKYAT’
AYER LIMAU 10 September - Hanya rasa syukur dapat dipanjangkan golongan kurang bernasib baik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
WRUR AYER LIMAU: 3 SEKOLAH, 3 CARA BENTUK GENERASI MASA DEPAN
AYER LIMAU 10 September - Tiga sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pendekatan pendidikan dan advokasi berbeza...
ANAK JATI MELAKA BAWA SUKAN TAEKWANDO BERSINAR DI BATAM
AYER KEROH 10 September - Dari Bukit Baru ke pentas antarabangsa, anak jati Melaka, Faiz Safry membuktikan sentuhan jurulatih tempatan...
WRUR AYER LIMAU: RUMAH DAIF PESAKIT ANGIN AHMAR DAPAT PERHATIAN MPAG
AYER LIMAU 10 September - Keadaan rumah seorang pesakit angin ahmar yang uzur mendapat perhatian Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)...
