MBMB tawar potongan kompaun parkir 80 peratus

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 1 September – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menawarkan potongan Kompaun Letak Kereta sebanyak 80 peratus sehingga 4 September depan.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata, tawaran menerusi Inisiatif Khas Diskaun Kompaun Letak Kereta MBMB itu dibuka mulai hari ini bersempena penganjuran Fiesta I2CT MBMB 2022.

“Jika kompaun RM100 dipotong sehingga RM20, kompaun RM50 dipotong kepada RM10 manakala RM30 kepada RM6.

“Orang ramai boleh membuat pembayaran di kaunter MBMB, kiosk dan menerusi MyFPXMBMB. Namun tawaran ini tidak sah buat individu berstatus dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA), saman dan tindakan mahkamah,” katanya.

Beliau berkata, demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Fiesta I2CT MBMB dan Pelancaran I-Trafik MBMB di Dataran MBMB dirasmikan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Zaidi Attan yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Hadir sama, Ketua Ahli Majlis MBMB, Clr. Abd. Razak Abu.

Fiesta I2CT MBMB memberikan pendedahan kepada orang ramai mengenai pendekatan digital dalam kehidupan seharian.

Karnival berlangsung selama empat hari itu membabitkan 31 program, antaranya ICT Talk, Bengkel FB Ads dan Google Ads, Ceramah Motivasi oleh PU Azman, Pameran ICT, Explorace, Kejohanan E-Sports dan pertandingan mewarna.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4783
Kongsi :
Previous post Pekebun didakwa edar lebih 841 kilogram dadah
Next post Mahkamah Persekutuan kekalkan hukuman mati terhadap pencuci kereta
Ubah saiz-+=