
MBMB terima anugerah Gold Class 2 Award
AYER KEROH 30 Nov. – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menerima Anugerah Gold Class 2 Award pada Majlis Penerimaan Anugerah ‘MSOSH Award 2019’ secara maya, baru-baru ini.
Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata, anugerah itu pengiktirafan kepada organisasi atau syarikat yang mempunyai rekod pencapaian cemerlang dalam kesihatan dan keselamatan pekerjaan.

“Ini acara tahunan Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH) yang diberikan kepada organisasi di Malaysia dengan prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang terbukti cemerlang.
“MBMB pertama kali sertai MSOSH Award 2019 dan telah melalui sesi pengauditan di lapangan pada 8 September lalu, penyertaan ini melibatkan 230 agensi, namun hanya 158 yang berjaya menerima anugerah,” katanya.
Hadir sama menyaksikan anugerah secara maya Pengarah Kesihatan dan Persekitaran MBMB, Noramirul Nizam Kamis serta pegawai MBMB.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 200 PENCAPAIAN DILAKAR SEPANJANG TIGA TAHUN PENTADBIRAN AB RAUF
SERI BENDAHARA 22 September - Lebih 200 pencapaian merentasi pelbagai bidang direkodkan Kerajaan Negeri sepanjang lebih tiga tahun pentadbiran diterajui...
MELAKA HARGAI JASA PESARA POLIS
SERI BENDAHARA 22 September - Kerajaan Negeri menyalurkan sumbangan keseluruhan berjumlah lebih RM300,000 kepada pesara dan persatuan Polis Diraja Malaysia...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT DUN KLEBANG BAWA MANFAAT PELBAGAI LAPISAN
KLEBANG 22 September - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang memanfaatkan masyarakat setempat menerusi pelbagai bentuk...
RM7 JUTA DISALUR UNTUK LAKSANA PROJEK KECIL DUN RIM
RIM 22 September – Hampir RM7 juta diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai projek kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim dalam...
REZEKI ‘NEWBIE’, IKAN KURAU BAWA TUAH BUAT MOHD RIDZUAN DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 22 September - Rezeki tidak salah alamat. Itulah yang berlaku kepada Mohd Ridzuan Jaapar, 40, apabila ikan kurau...
MAIM HULUR SUMBANGAN BAIK PULIH KEMUDAHAN MAAHAD TAHFIZ KASYFUL-ULUM
KLEBANG 22 September - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang membawa berita gembira buat Maahad Tahfiz...
