MCORP raikan rakan strategik, pelabur

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

AYER KEROH 6 Mei – Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perbadanan Melaka (MCORP) Bersama Anak syarikat Dan Rakan Strategik menjadi medan mengeratkan lagi jaringan serta kerjasama antara pelbagai pihak yang sedia terjalin sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Yusof Abu Bakar berkata, penganjuran itu juga adalah sebagai tanda penghargaan kepada pelbagai pihak yang banyak menyokong kemajuan MCORP.

“Jemputan adalah dalam kalangan rakan strategik MCORP seperti wakil agensi kerajaan dan pelabur, sambil meraikan Syawal secara tidak langsung mereka dapat berjumpa empat mata, berbincang serta berkongsi buah fikiran yang memberi manfaat kepada pembangunan Negeri Melaka.

“Turut dijemput menjadi tetamiu kami pada majlis kali ini adalah pelanggan MCORP, menerusi program sebegini kita akan berjumpa dengan lebih ramai orang,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perbadanan Melaka (MCORP) Bersama Anak syarikat Dan Rakan Strategik di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Turut bersama memeriahkan majlis adalah Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem; Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam dan Timbalan Pengerusi MCORP, Datuk Khaidhirah Abu Zahar.

Menurut Mohd Yusof, lebih 20 jenis juadah raya seperti sate, rendang, ketupat dan lemang disediakan bagi meraikan tetamu.

“Hidangan untuk jamuan diuruskan anak syarikat dan jabatan berkenaan, dijangka lebih 5,000 tetamu hadir memeriahkan majlis rumah terbuka ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

171
Kongsi :
Previous post Gelagat tetamu cilik gamatkan rumah terbuka Aidilfitri MCORP
Next post Perpustakaan Kanak-Kanak, penyuluh ilmu anak Orang Asli
Ubah saiz-+=