Sorting by

×

MDEC ajak bakal graduan, alumni IPT jana pendapatan guna platform digital

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

AYER KEROH 14 Oktober – Pelajar tahun akhir mahupun lepasan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara disaran menyertai program ‘High Value Gig: Digital Freelance Programme’ bagi meneroka pelbagai peluang untuk menjana pendapatan boleh dimanfaatkan menggunakan teknologi digital.

Ketua Bahagian Hal Ehwal Korporat Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Osman Ali Hamzah berkata, program yang diperkenalkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sejak September lalu menyasarkan 5,000 peserta seluruh negara.

Jelasnya, program itu adalah satu bentuk latihan kompetensi ditawarkan buat peserta terlibat bagi menjana pendapatan dalam membentuk pekerjaan aktiviti berbentuk bebas (freelancing).

“Program ini merupakan kesinambungan program Global Online Workforce (GLOW) untuk melatih dan memberi bimbingan kepada pelajar IPT ataupun alumni untuk mempersiapkan diri menjadi pekerja bebas yang berjaya dalam bidang-bidang kemahiran utama.

“Usaha dilaksanakan mampu membantu golongan ini untuk memperkasa pengetahuan mereka dalam memasarkan produk, perkhidmatan lain dan kemahiran yang berkeupayaan menerusi platform gig.

“Kita mengalakkan lebih ramai penyertaan buat golongan ini untuk melahirkan usahawan yang berjaya pada peringkat awal, sekali gus membantu pelajar untuk menjana pendapatan dalam platform digital tempatan mahupun global,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Jelajah Saya Digital @ Melaka sempena penganjuran Smart Melaka Internatioanl Conference and Expo 2023 (SMIX2023) dirasmikan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan di Auditorium Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Mohd Noor Helmy Abd Halem.

Terdahulu, program Jelajah Saya Digital @ Melaka yang dianjurkan menghimpunkan seramai 200 usahawan dari seluruh negeri merupakan siri jelajah MDEC pada lebih 49 lokasi seluruh negara sejak Ogos 2021.

Mengulas lanjut, Osman berkata, jelajah itu dilaksanakan bagi memperkasakan dan menyuburkan penekanan digital dalam kalangan rakyat Malaysia.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1328
Kongsi :
Previous post PEDi rangka program lahir usahawan digital
Next post Peraga kebaya labuh Johor, Miss Grand Kebaya Remaja milik Nadjwa,
Ubah saiz-+=