Melaka anjur perlumbaan perahu naga antarabangsa sempena TMM2024

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

BANDARAYA MELAKA 2 Julai – Perlumbaan Perahu Naga Peringkat Antarabangsa dijadaulkan berlangsung di Sungai Melaka Fasa 2 bakal disertai kira-kira 60 pasukan dari lebih 20 buah negara.

Pengerusi Pengelola Perlumbaan Perahu Naga Melaka, Chiu Chee Ming berkata, penganjuran dijadualkan Jun tahun hadapan bakal memeriahkan lagi sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Menurutnya, penganjuran berkenaan diyakini mampu menarik penyertaan pasukan dari China, Hong Kong dan beberapa negara Eropah.

“Kita sudah menghubungi beberapa negara ini dengan sasaran penyertaan adalah lebih 60 pasukan.

“Bagi memastikan semuanya berjalan lancar persiapan perlumbaan akan bermula seawal November nanti,” katanya ketika ditemui pada Perlumbaan Perahu Naga 2023 dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di River Information Centre (RIC), Pengkalan Rama, di sini, hari ini.

photo1688273441
PENGERUSI Pengelola Perlumbaan Perahu Naga, Chiu Chee Ming berucap pada Majlis Perasmian Perlumbaan Perahu Naga Sempena Pesta Duanwu 2023 di Pengkalan Rama, Melaka. Foto: MR. AZLI.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman; Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital, Mohd Noor Helmy Abdul Halem; Timbalan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan,Low Chee Leong.

Turut Hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Datuk Tpr. Murad Husin; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman dan Pengerusi Persatuan Perahu Naga Melaka, Datuk Wong Soo Tang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1725
Kongsi :
Previous post Hari Tasyrik terakhir ibadah korban bersama masyarakat Orang Asli
Next post Penduduk DUN Asahan bakal nikmati akses internet lebih pantas – Exco
Ubah saiz-+=