Melaka bakal terima pelaburan RM3.5 bilion dari China – KM

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

MELAKA, 20 Mei – Melaka bakal menerima pelaburan bernilai RM3.5 bilion menerusi tujuh projek yang akan dibangunkan di negeri itu dengan kerjasama Cheng Ho International Trade and Cultural City Centre Sdn Bhd dan syarikat pelabur dari China.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, kesemua projek berkenaan akan dibangunkan setelah proses permohonan pelaksanaannya diluluskan oleh pihak berkuasa negeri.

“Pelbagai pembangunan baharu akan dibangunkan di Melaka menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan syarikat dari China dan pelaburan ini akan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala dengan republik itu.

“Salah satu projek yang dilihat akan memberi impak besar kepada Melaka ialah Menara Asean-China setinggi 88 tingkat yang akan dibangunkan di Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ),” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis MoU dengan Cheng Ho International Trade and Cultural City Centre Sdn Bhd di sini hari ini.

Pada majlis itu, MoU berkenaan ditandatangani oleh Yong Chen Lim selaku Pengurus Besar Cheng Ho International Trade and Cultural City Centre Sdn Bhd dan disaksikan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata beberapa projek lain ialah Asean-China Made Products Outlet and Exhibition Center, Asean-China International Grand Bazaar dan Malaysia-China Metaverse Database Center and High-Level Professional Training Base akan dibangunkan dengan kerjasama China Centre Oversea Joint Development Preparatory Comittee.

Turut dibangunkan ialah Health E-Atomization Industrial Park (Oriental Vaping and E-Atomization- Malaysia and China Sdn Bhd), Asean Health E-Atomization Forum (Oriental Vaping and E-Atomization Ltd UK) dan Asean Cup 2023 (Melaka) International Regatta Competition. – BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2320
Kongsi :
Previous post Kanak-kanak 11 tahun, remaja lelaki ditemukan lemas di Sungai Masai
Next post Rumah Terbuka Aidilfitri ‘merakyatkan’ Kem Terendak
Ubah saiz-+=