Melaka benarkan pelaksanaan ibadah korban

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

 

BUKIT PALAH 23 Jun – Melaka membenarkan perlaksanaan ibadah korban sempena sambutan Aidiladha bulan depan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil bagaimanapun berkata, ibadah korban hanya boleh dilakukan di rumah sembelihan yang terpilih dan tempat sembelihan sementara yang diluluskan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri dan pihak berkuasa agama negeri.

Ujarnya, masjid dan surau yang mempunyai kawasan lapang dan kemudahan sembelihan boleh melakukan permohonan sebagai pusat sembelihan sementara termasuklah kepada penternak yang mempunyai ruangan untuk aktiviti terbabit.

“Haiwan yang dibenarkan perlu menepati syarat korban dan bilangan dibenarkan dalam sehari adalah lima ekor bagi lembu dan kerbau dan 10 ekor bagi kambing atau biri-biri sahaja ditetapkan.

“Ibadah ini dibenar diadakan selama lima empat hari bermula sejurus selepas Solat Sunat Aidiladha pada 20 Julai sehingga 23 Julai depan iaitu pada hari Tasyrik dengan ketetapan waktu dari 7 pagi hingga 6 petang.

“Proses penyembelihan, lapah dan keratan asas perlu dilakukan di pusat sembelihan manakala menyiang dan membungkus hendaklah dibuat di kawasan lapang yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP)” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media diadakan di Pejabat Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, pengagihan korban hendaklah dibuat secara langsung dari rumah ke rumah oleh petugas yang dilantik.

“Peserta yang hadir hanyalah warganegara sahaja dan bukan warga negara tidak dibenarkan untuk menghadiri ibadah ini.

“Peserta tidak dibenarkan berada dalam kawasan pengurusan ibadah melainkan petugas yang dilantik dan perlu hadir untuk mengambil daging korban secara pandu lalu sahaja atau penghantaran ke rumah,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

411
Kongsi :
Previous post Wisma Persekutuan ditutup tiga hari
Next post Pekerja warga Thailand maut diserang gajah
Ubah saiz-+=