Melaka capai 100 peratus liputan 5G tahun 2024 – Exco

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

DUYONG 6 Jun – Kerajaan Negeri menyasarkan 100 peratus kadar liputan 5G bakal dinikmati rakyat negeri ini menjelang tahun 2024.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Fairul Nizam Roslan berkata perkara itu mampu dicapai berikutan sebanyak 80 peratus kawasan berpenduduk di Melaka menerima liputan 5G pada Oktober ini.

“Setakat 30 April lalu sebanyak 114 tapak siap dibina dan 101 tapak termasuk di Duyong hari ini telah mula beroperasi dan menyediakan khidmat 5G.

“Kita sasar 224 lokasi siap dipasang (rangkaian) 5G tahun ini, dan sasaran kita pada Oktober, 80 peratus liputan sudah dicapai,” katanya.

WhatsApp Image 2023-06-06 at 6.28.57 PM
FAIRUL Nizam bergambar bersama kenamaan yang hadir.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program 5G Walkabout @ Duyong di Japerun Duyong di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalannya, Mohd Noor Helmy Abdul Halem; Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Melaka, Lokman Ali dan Ketua Pegawai Esksekutif Melaka ICT Holding Sdn Bhd (MICTH), Dr. Nazdiana Ab Wahab.

Ujarnya, setakat ini sebanyak 55.1 peratus kadar liputan 5G di Melaka telah disalurkan kepada kawasan berpenduduk.

“Kami di peringkat Kerajaan Negeri mengambil langkah terbaik untuk pastikan rakyat di Melaka mendapat khidmat 5G,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1748
Kongsi :
Previous post PM serah kepada Peguam Negara untuk ambil tindakan terhadap Sanusi
Next post Lori terbakar, mujur selamat
Ubah saiz-+=