Melaka catat kematian tertinggi dengan 33 kes hari ini

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

AYER KEROH 26 Ogos – Korban akibat COVID-19 di Melaka mencatat rekod tertinggi hari ini dengan 33 kematian.

Ia sekali gus menjadikan keseluruhan kematian akibat COVID-19 di negeri ini melonjak kepada 649 kes setakat ini.

Mengikut data dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka, kes kematian pada hari ini membabitkan individu berusia 33 hingga 86 tahun.

Jelasnya, 21 kes kematian terbabit direkodkan di Melaka Tengah membabitkan satu Kluster Plot Lapan dan satu Kluster Jalan Berkat 9 manakala bakinya tidak membabitkan kluster sedia ada.

Selain itu, terdapat tujuh kematian di Alor Gajah dengan satu kes direkodkan membabitkan Kluster Solar Valley.

Di Jasin lima kematian direkodkan namun tidak membabitkan penularan kluster di daerah itu.

Dalam pada itu, JKN Melaka turut memaklumkan terdapat pertambahan 515 kes baharu membabitkan 511 kes tempatan, tiga kes import B dan satu kes import A.

Kontak keluarga masih mendahului punca jangkitan utama kes harian dengan mencatat 196 kes.

Ia diikuti saringan bergejala orang ramai sebanyak 158 kes, kluster kilang 106 kes dan sembilan kes di tempat kerja bukan kilang.

Turut direkodkan pertambahan satu kluster baharu iaitu Kluster Industri Jalan Merdeka 33 membabitkan sebuah kilang di Batu Berendam.

Kluster itu dikesan jangkitan sporadik dan telah menular di tempat kerja dan ahli keluarga terlibat.

Sehingga kini, sebanyak 33 kes positif COVID-19 keseluruhan telah dikesan dan tiga kes baharu dilaporkan daripada kluster tersebut selepas 145 ujian saringan dilakukan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

462
Kongsi :
Previous post MOVAK KPKT beri manfaat kepada 80,000 penerima
Next post COO PLUS antara penerima Darjah kebesaran Melaka
Ubah saiz-+=