Melaka catat kes kematian tertinggi hari ini

Masa Membaca:1 Minit, 39 Saat

AYER KEROH 23 Mei – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) merekodkan enam kes kematian hari ini sekali gus menjadikan kes tertinggi yang direkodkan di negeri ini sepanjang pandemik COVID-19 melanda negara sejak setahun lalu.

Berdasarkan catatan dan infografik di Facebook rasmi JKN, kes kematian pertama membabitkan wanita berusia 92 tahun dari mukim Tanjung Kling Melaka Tengah yang terlantar.

Menurut JKN pesakit terbabit mempunyai kontak rapat dengan ahli keluarga yang positif dan mengalami gejala batuk serta kurang selera makan.

“Punca kematian adalah COVID-19 ‘Pneumonia with cytokine release syndrome’.

“Kes kematian kedua pula membabitkan wanita berusia 70 tahun dari mukim Sungai Udang yang mempunyai penyakit darah tinggi dan kegagalan buah pinggang tahap akhir.

“Pesakit mempunyai kontak dengan ahli keluarga yang datang dari kawasan berisiko dan punca kematian adalah ‘ pneumonia with Staphylococcus septicaemia’,” menurut JKN.

Bagi kes kematian ketiga membabitkan wanita berusia 77 tahun di mukim Ujong Pasir yang mempunyai penyakit Darah Tinggi (Hypertension) Dyslipidemia.

“Pesakit mempunyai gejala demam, batuk dan selsema telah dimasukkan ke Hospital Melaka kerana kesukaran bernafas.

“Sebab Kematian: COVID 19 ‘Pneumonia  Cytokine Release Syndrome complicated with NSTEMI and secondary bacterial infection’,” katanya.

Menurut JKN lagi, kematian keempat pula membabitkan lelaki berusia 84 tahun dari mukim Balai Panjang yang juga penghidap penyakit jantung koronari dan masalah pendengaran.

“Mangsa mempunyai kontak rapat dengan ahli keluarga positif yang tinggal serumah dan punca kematian ‘pneumonia with cytokine release
syndrome’,” katanya lagi.

Bagi kes kematian kelima melibatkan wanita berumur 43 tahun dari mukim Kandang yang mempunyai penyakit kencing manis.

“Kontak rapat adalah rakan sekerja yang positif dari Kluster Tanjung Minyak dan punca kematian adalah ‘Pneumonia with Cytokin Release Syndrome,secondary bacterial infection complicated with diabetic ketoacidosis and acute coronary syndrome’.

“Kes kematian keenam adalah wanita berusia 39 tahun dari mukim Tanjung Rimau Alor Gajah.

“Si mati adalah pesakit ‘Syndrome Down’ yang mempunyai kontak rapat ahli Keluarga positif, punca kematian adalah ‘pneumonia with Cytokine release syndrome complicated with secondary bacterial infection,” kata kenyataan itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

924
Kongsi :
Previous post Ekonomi Malaysia bertambah baik ekoran langkah pemulihan kerajaan- Muhyiddin
Next post Melaka jangka 109,510 rakyat terima vaksin COVID-19 Jun ini – Rahmad
Ubah saiz-+=