
Melaka catat lapan kes sembuh baharu
AYER KEROH 2 Mac. – Kes baharu positif COVID-19 di Melaka meningkat tiga kes hari ini berbanding lapan kes semalam.
Perkembangan terbaharu itu menjadikan kes terkumpul positif COVID-19 di Melaka berjumlah 5,994 dengan kes aktif sebanyak 198.
Mengikut kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri daripada 11 kes baharu, tiga kes adalah jangkitan tempatan, satu kes import dan tujuh kes banduan atau orang kena tahan (OKT) atau pendatang asing tanpa izin (PATI).
“Daripada 198 kes aktif, lapan kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk empat kes menggunakan bantuan alat pernafasan,” menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, setakat hari ini sebanyak lapan kes sembuh baharu direkodkan melibatkan tujuh kes tempatan dan satu kes import.
Kes kematian kekal 20 manakala jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 5,776.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SUDAH 16 TAHUN BERSARA, ZAID MASIH BERJIWA PENDIDIK
TANJUNG BIDARA 21 September - Sudah 16 tahun bersara sebagai guru, namun semangat mendidik dalam diri Zaid Md Saman, 72,...
MENARA TINJAU GAMIT ‘HIKERS’ TAWAN PUNCAK BUKIT GAPIS
ASAHAN 21 September - Aktiviti mendaki Bukit Gapis atau juga popular dengan panggilan Gunung Melaka kini lebih menarik dengan pembinaan...
TRADISI REWANG KENDURI RAKYAT IMBAU TRADISI DULU
TANJUNG BIDARA 21 September - Tradisi rewang kembali menghidupkan semangat gotong-royong apabila penduduk setempat berganding bahu menyediakan juadah untuk orang...
PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA MERIAH LUAR BIASA
TANJUNG BIDARA 21 September - "Memang tidak sangka, ia luar biasa dan meriah," itu kata pengunjung Norhayati Abdul Rahman yang...
AB RAUF MAHU PERTAHAN KEM GERAK KHAS DI BUMI MELAKA
SUNGAI UDANG 20 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberi jaminan kedudukan Kem Rejimen Gerak Khas...
HARI KELUARGA GERAK KHAS BAKAL JADI TRADISI TAHUNAN MELAKA
SUNGAI UDANG 20 September - Sambutan Hari Keluarga Rejimen Gerak Khas (RGK) dicadangkan untuk dijadikan acara tahunan peringkat Jabatan Ketua...
