
Melaka catat lebih 8,000 pelancong cuti umum
BANDA HILIR 30 Ogos – Lebih 8,000 pelancong tempatan direkodkan memasuki Melaka pada cuti umum.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, pihaknya hanya mensasarkan kira-kira 3,000 pelancong sahaja melalui plan pasca COVID-19 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun angka itu menunjukkan peningkatan.
“Perkara ini adalah suatu yang mengembirakan kerajaan negeri yang sedang berusaha memulihkan sektor pelancongan kerana ia adalah penyumbang utama ekonomi negeri.
“Menerusi plan pasca Covid-19 jita sasarkan kira- kira 3,000 namun angka berkenaan berlipat ganda apabila mencatatkan lebih 8,000 pengunjung,” katanya.
Menurut beliau, berdasarkan angka itu tidak mustahil Melaka akan berjaya mencapai sasaran menarik 5.6 juta pelancong ke negeri ini sehingga hujung tahun.
“Kita akan menggunakan 13 subsektor yang ada dan pelbagaikan supaya pelancong tidak bosan untuk terus berkunjung ke Melaka.
“Subsektor kulinari dilihat antara faktor utama yang menarik minat pelancong ke Melaka bagaimanapun kerajaan negeri akan terus mengatur strategi dalam menarik lebih ramai pelancong,” katanya.
Views:
Related
Berita Lain
KETUA MENTERI HARGAI PENGORBANAN RAKYAT MELAKA BERTUGAS DI HARI RAYA
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menzahirkan penghargaan terhadap semua rakyat Melaka yang...
TOK RAUF KONGSI KEMAJUAN KAMPUNG PULAU
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkongsi pencapaian dan kemajuan Kampung Pulau dalam...
‘BOT KUDA BELANG’ HIASI SUNGAI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 21 Mac - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bersama Zoo Melaka berganding bahu memperkasakan sektor pelancongan...
TYT TUNAI SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI MASJID AL-AZIM
PENGKALAN BATU 21 Mac - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan...
TOK RAUF TUNAI SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI KAMPUNG PULAU
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama kira-kira 500 jemaah menunaikan solat sunat...
JKR MELAKA SENTIASA PANTAU PAPAN TANDA ROSAK, UZUR
TABOH NANING 21 Mac - Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri sentiasa memantau keadaan papan tanda di seluruh Melaka ia bagi...


