Sorting by

×

Melaka hampiri 50 peratus populasi dewasa lengkap dua dos vaksin

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

AYER KEROH 25 Ogos – Melaka semakin mencapai 50 peratus populasi dewasa lengkap dua dos vaksin mengikut data yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

Setakat semalam, data JKJAV menunjukkan negeri ini telah mencapai 48.5 peratus populasi dewasa lengkap dua dos vaksin dan hanya memerlukan 1.5 peratus untuk mencapai sasaran 50 peratus.

Data itu menunjukkan, seramai 328,317 individu dewasa berusia 18 tahun ke atas telah menerima lengkap dua dos vaksin, manakala, 513,791 individu pula telah menerima dos vaksin pertama setakat ini.

RAHMAD.

Sementara itu, Exco Kesihatan, Datuk Rahmad Mariman yang dihubungi Melaka Hari Ini turut menjangkakan sasaran 50 peratus populasi lengkap dua dos vaksinasi itu boleh dicapai dalam masa terdekat.

“Mungkin dalam sehari dua lagi. Itu sememangnya jangkaan dan harapan kita di pihak kerajaan negeri,” katanya ringkas menerusi aplikasi Whatsapp.

Perkembangan terbaharu itu sekali gus memberi bayangan negeri ini bakal menepati salah satu nilai ambang peralihan fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) seperti yang ditetapkan kerajaan.

Bagaimanapun, selain 50 peratus individu lengkap dua dos vaksin, kriteria lain yang perlu dipenuhi ialah kapasiti katil unit rawatan rapi (ICU) bagi pesakit COVID-19 yang perlu turun ke paras sederhana.

Setakat hari ini, menerusi data Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, terdapat seramai 88 pesakit masih ditempatkan di ICU dengan 28 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah itu bagaimanapun menunjukkan penurunan berbanding awal bulan lalu yang menyaksikan lebih 100 pesakit ditempatkan di ICU hampir setiap hari.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

983
Kongsi :
Previous post Pembangkang setuju wujudkan keadaan lebih kondusif untuk rakyat – Ismail Sabri
Next post Penyamun ‘lone ranger’ diberkas polis
Ubah saiz-+=