Melaka Island Geopark potensi baharu tarik pelancong – TYT

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

SERI NEGERI 24 Ogos – Pembangunan Melaka Island Geopark diyakini mampu menjadi produk pelancongan baharu yang berpotensi besar di negeri ini, kata Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Beliau dimaklumkan pembangunan Melaka Island Geopark itu sedang dirangka pelaksanaan dan diperincikan di empat lokasi berpotensi iaitu di Tanjung Tuan, Pulau Besar, Pulau Undan dan Pulau Upeh oleh Jabatan Mineral dan Geosains.

Katanya, untuk tujuan itu, kerajaan negeri telah menerima kelulusan sebanyak RM1 juta di bawah Kementerian Kewangan Malaysia bagi tujuan pencirian geotapak di kawasan berpotensi itu.

Justeru, beliau berharap kerajaan negeri memberi perhatian terhadap insiatif itu memandangkan ia bakal menjadi salah satu produk pelancongan baharu yang berpotensi menarik kedatangan pelancong terutama mereka yang meminati aktiviti laut dan pantai.

“Saya juga menyambut baik akan penubuhan Majlis Pembangunan Pulau-Pulau Melaka sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab bagi merancang dan menyelaras pembangunan 16 buah pulau di Negeri Melaka.

“Ia termasuklah menjadikan Pulau Besar dan pulau-pulau sekitarnya sebagai salah satu tempat pelancongan yang baharu melalui pembangunan terancang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2022 sempena Sambutan Hari Jadi Ke-73 Tuan Yang Terutama di Balai Istiadat Seri Negeri, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2757
Kongsi :
Previous post Rakyat Melaka perlu didedahkan dengan pertanian moden
Next post Kerajaan negeri berjaya laksana 58 inisiatif dalam 100 hari – KM
Ubah saiz-+=