
Melaka jadi negeri pertama pilihan MOF
AYER KEROH 22 Julai – Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) memilih Melaka sebagai negeri pertama dikunjungi bersempena Jelajah Konsultansi Belanjawan 2021.
Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Melaka dipilih memandangkan negeri itu kaya dengan sejarahnya dan pernah menjadi pusat perdagangan yang tersohor suatu ketika dahulu.
“Kalau boleh, kita ingin mengambil berkat semangat kemajuan Melaka yang tetap teguh untuk menolong memperkukuhkan ekonomi negara.
“Kita sangat bersyukur untuk berada di bandar bersejarah Melaka dan menjadikannya negeri pertama dalam proses konsultansi Belanjawan 2021,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di sidang media yang berlangsung di Seri Bendahara.
Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md Ali.
Menurut Tengku Zafrul, Perak akan menjadi destinasi kedua jelajah berkenaan selepas Melaka.
Jelajah tersebut hanya akan memilih beberapa negeri sahaja dan dijangka akan berakhir pada Oktober sebelum Belanjawan 2021 dibentangkan pada 6 November depan.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA REKOD 7.2 JUTA PELANCONG SETAKAT JUN, JANA EKONOMI RM7.27 BILION
AYER KEROH 10 Ogos - Melaka merekodkan lebih 7.2 juta pelancong sehingga Jun tahun ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai...
DUA TAHUN PENUH MAKNA, TERIMA KASIH SUK AZHAR – KM
AYER KEROH 10 Ogos - Kerajaan Negeri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Wira Azhar Arshad atas segala bakti, kesetiaan dan...
PRN MELAKA: ‘KALI INI NIKAH BIAR BERKADI, ADA SAKSI’
AYER KEROH 10 Ogos - Barisan Nasional (BN) Melaka terbuka untuk berunding dengan mana-mana parti politik yang berhasrat membentuk kesepakatan...
MELAKA SEDIA RM500,000 BANTU BELIA JADI USAHAWAN PELANCONGAN
AYER KEROH 10 Ogos - Kerajaan Negeri mengumumkan insentif Dana Pelancongan Belia berjumlah RM500,000 bagi menggalakkan anak muda berusia 20...
SALHAH WANITA PERTAMA DILANTIK SUK MELAKA
AYER KEROH 10 Ogos - Datuk Wira Salhah Salleh mencatat sejarah apabila menjadi wanita pertama dilantik sebagai sebagai Setiausaha Kerajaan...
HLN 2026: REZEKI PENIAGA KECIL MELIMPAH
PAYA RUMPUT 10 Ogos - Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2026 bukan sahaja memeriahkan perkarangan Stadium Hang Jebat, malah membuka...
