
Naik taraf LTAM rancakkan pelancongan negeri
AYER KEROH 22 Julai – Kerajaan negeri akan menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) untuk merancakkan sektor pelancongan negeri ini.
Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md. Ai berkata, satu cadangan telah diusulkan kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pada 12 Jun lalu berhubung inisiatif terbabit.
Ujarnya, projek menaik taraf yang bakal dilaksanakan berkenaan bagaimanapun tidak melibatkan pengambilan tanah, namun membabitkan pelbagai fasiliti yang akan diperbaiki di lapangan terbang itu.
“Kerajaan negeri membuat permohonan bagi memanjangkan landasan kapal terbang bagi memudahkan pesawat untuk mendarat mahu pun berlepas.
“Malah, keutamaan ini juga akan diperuntukkan dengan pembinaan lot parkir pesawat bagi memudahkan pesawat mendapatkan perkhidmatan meletak pesawat di kawasan itu.
“Perkara ini amat penting dalam merancakkan pelancongan negeri sekali gus mampu menambahkan beberapa penerbangan di LTAM,” katanya.
Beliau berkata demikian pada hari ketiga sesi pergulungan Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di Seri Negeri hari ini.
Views:
Related

Berita Lain
TERIMA KASIH ATAS KEPERCAYAAN KEPADA SAYA – AZHAR ARSHAD
AYER KEROH 10 Ogos – Berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka selama dua tahun dan dua bulan menjadi antara pengalaman...
ANAK MUDA ‘SUARAKAN’ MELAKA SAYANG RAKYAT DI TIKTOK
AYER KEROH 10 Ogos - Seramai 145 pelajar Tingkatan Enam di seluruh Melaka menyertai Pertandingan TikTok Tingkatan Enam bertemakan 'Melaka...
MELAKA REKOD 7.2 JUTA PELANCONG SETAKAT JUN, JANA EKONOMI RM7.27 BILION
AYER KEROH 10 Ogos - Melaka merekodkan lebih 7.2 juta pelancong sehingga Jun tahun ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai...
DUA TAHUN PENUH MAKNA, TERIMA KASIH SUK AZHAR – KM
AYER KEROH 10 Ogos - Kerajaan Negeri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Wira Azhar Arshad atas segala bakti, kesetiaan dan...
PRN MELAKA: ‘KALI INI NIKAH BIAR BERKADI, ADA SAKSI’
AYER KEROH 10 Ogos - Barisan Nasional (BN) Melaka terbuka untuk berunding dengan mana-mana parti politik yang berhasrat membentuk kesepakatan...
MELAKA SEDIA RM500,000 BANTU BELIA JADI USAHAWAN PELANCONGAN
AYER KEROH 10 Ogos - Kerajaan Negeri mengumumkan insentif Dana Pelancongan Belia berjumlah RM500,000 bagi menggalakkan anak muda berusia 20...

