Sorting by

×

MELAKA LAKSANA 636 AUDIT KUALITI PERKHIDMATAN JALUR LEBAR

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

SERI NEGERI 29 April – Sebanyak 636 siri audit kualiti perkhidmatan internet telah dilakukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di seluruh Negeri Melaka.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata, jumlah itu membabitkan 278 lokasi audit sepanjang 2025 dan 358 lokasi pada 2026.

Jelas beliau, lokasi audit itu dipilih berdasarkan aduan yang diterima daripada penduduk menerusi pelbagai platform, sama ada secara dalam talian atau menerusi program turun padang oleh Kerajaan Negeri.

“Menerusi audit yang dijalankan, sebanyak 32 notis pematuhan di bawah Seksyen 51 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)telah dikeluarkan MCMC kepada penyedia perkhidmatan pada 2025 dan 20 lagi notis dikeluarkan pada 2026.

“Daripada 52 notis secara keseluruhan, sebanyak enam isu telah diselesaikan dan baki 46 lagi telah diangkat ke peringkat MCMC untuk memastikan penyedia perkhidmatan mematuhi standard kualiti yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas, di sini, hari ini.

Jelas Fairul Nizam, sekiranya penyedia perkhidmatan gagal memenuhi tahap piawaian kualiti yang disyaratkan, tindakan penguatkuasaan boleh diambil di bawah Akta 588.

Menurut beliau, tindakan itu adalah untuk memastikan hak pengguna mendapat perkhidmatan yang berkualiti.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

227
Kongsi :
Previous post MELAKA KENAL PASTI 29 TAPAK BAGI PEMBANGUNAN ASPIRASI MELAKA GEOPARK
Next post KAMPUNG RELAU PERMATA PELANCONGAN ASAHAN