
Melaka lancar Bas Penyayang, percuma buat 33,000 golongan sasar
PENGKALAN BATU 3 Nov- Kerajaan negeri hari ini melancarkan program Bas Penyayang yang akan memanfaatkan lebih 33,000 golongan sasar.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, menerusi program itu, tiket percuma diberikan kepada golongan membabitkan Orang Kurang Upaya (OKU), penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), penerima bantuan asnaf dan fakir miskin.
Katanya, program Bas Penyayang ini menggantikan program Bas Percuma sedia ada yang akan menggunakan seluruh laluan bas di negeri Melaka.
“Ia akan memberi manfaat kepada hampir 33,000 rakyat negeri ini yang melibatkan kos sebanyak RM 985,000.
“Program Bas Percuma kepada Model baharu (Program Bas Penyayang) telah dirangka menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (MMKN) pada Julai 2021,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Bas Henti-Henti Baharu dan Program Bas Penyayang di Melaka Sentral hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah Panorama Melaka Sdn Bhd (Panorama) yang juga Exco Pengangkutan negeri , Datuk Roslan Ahmad, Pengurus Besar Panorama, Datuk Abu Bakar Abdul, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Abu dan kenamaan lain.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MPHTJ ANJUR PROGRAM CINTAKAN ALAM SEKITAR UNTUK MURID TABIKA
AYER KEROH 23 September - Aktiviti menanam pokok bersama keluarga di Taman Botanikal memberi pengalaman baharu kepada 21 murid Tabika...
HASN 2026: MPJ DIIKTIRAF PERINTIS TENAGA BOLEH BAHARU, KELESTARIAN AGRO
JASIN 24 September - Inisiatif Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) memasang 87 unit lampu solar di lokasi awam serta sistem lampu...
HASN 2026: MBMB TERIMA ANUGERAH BANDARAYA WARISAN HIJAU
AYER KEROH 24 September - Usaha Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dalam memastikan kelestarian dan kebersihan Bandaraya Melaka mendapat pengiktirafan...
TARIKH LAHIR SAMA, NOAH AR RAUF ‘HADIAH’ ISTIMEWA BUAT AB RAUF
AYER KEROH 23 September - Kehadiran cucu ketiga Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh membawa makna istimewa buat...
10,000 GOLONGAN SASAR BAKAL TERIMA MANFAAT KAD RAHMAH BLOOM MEKAR MEDIPULIH
DURIAN TUNGGAL 23 September - Lebih 10,000 golongan B40, warga emas, ibu atau bapa tunggal dan masyarakat Orang Asli di...
MASUK MUZIUM PERCUMA UNTUK ANGGOTA ATM, TEBUS HINGGA 19 OKTOBER
AYER KEROH 23 September – Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Melaka boleh menikmati kemasukan percuma ke lokasi pelancongan terpilih...

