Melaka lancar minyak wangi pertama Majera & Maia

BANDA HILIR 9 Disember – Perbadanan Bioteknologi Melaka (PBM) melancarkan minyak wangi pertama berjenama ‘MBIO LABO’ dengan menggunakan tagline ‘Live With Bioscents’.

Isteri Ketua Menteri Datin Seri Utama Munira M.Yusop berkata, nama MBIO LABO diberikan berdasarkan Melaka Biotechnology Laboratory yang terdiri daripada dua jenis minyak wangi iaitu bagi lelaki dan wanita.

“Bagi minyak wangi lelaki diberikan ‘Majera’ yang terhasil daripada perkataan Melayu klasik bermaksud pendidik atau didikan, manakala minyak wangi wanita adalah ‘Maia’ daripada perkataan Greek bermaksud cantik.

“Dengan saiz yang comel berisipadu 30ml menjadikan ia mudah dibawa kemana-mana, hasil kajian dibuat minyak wangi ini dapat bertahan melebihi lapan hingga 12 jam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Minyak Wangi MBIO LABO Live With Bioscents MAIA & MAJERA di Hotel Holiday Inn di sini, hari ini.

Hadir sama isteri Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Melaka, Datin Wira Siti Rohaya Kamaluddin; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Datuk Maslina Baki; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bioteknologi Melaka (PBM) Tee Mei Ghee dan isteri Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datin Mazni Ramli.

photo1670560052
Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Utama Munira M. Yusop (dua dari kanan) melawat gerai pameran minyak wangi diiringi isteri Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka merangkap Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Melaka, Datin Wira Siti Rohaya Kamaluddin (dua dari kiri) pada Majlis Pelancaran Minyak Wangi Mbio Labo di Hotel Holiday Inn, Banda Hilir, Melaka. Turut serta, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bioteknologi Melaka, Tee Mei Ghee (kiri). Foto: MR. AZLI

Munira berkata, kajian demi kajian telah dijalankan bagi menghasilkan minyak wangi berasaskan sumber semula jadi seperti bunga jasmin, ‘bergamot’, ‘cerdarwood’, ‘rosewood’ dan ‘hyacinth’.

“Minyak wangi yang berkualiti tetapi dijual pada harga jauh lebih ekonomi, ia juga merupkan pilihan terbaik untuk semua masyarakat.

“Minyak wangi ini memerlukan gabungan bahan yang berbeza dengan lapisan bau yang istimewa, terdapat tiga lapisan yang menghasilkan bau berbeza iaitu ‘top notes’ bau teratas, ‘mid notes’ bau pertengahan dan ‘base notes’ bau asas yang tahan lebih lama selepas 30 minit semburan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1425
Previous post 20 kertas siasatan PRU15 diserahkan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri
Next post Lima jam alih lori terbabas di lampu isyarat MOZAC