MELAKA MILIKI DAYA TARIKAN PIKAT SYARIKAT BESAR – AB RAUF

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

BANDA HILIR 19 November – Pemilihan Melaka sebagai lokasi kerjasama strategik syarikat gergasi industri membuktikan negeri ini mempunyai daya tarikan tersendiri sebagai destinasi pelancongan dan pusat aktiviti komersial yang amat berpotensi.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh berkata, kehadiran syarikat berpengaruh itu turut mencerminkan keyakinan terhadap kedudukan Melaka sebagai antara destinasi pelancongan terbaik negara.

“Lokasi strategik di sepanjang Sungai Melaka dan persimpangan Lorong Hang Jebat turut menjadi antara kelebihan yang menjadikan negeri ini pilihan bagi aktiviti perniagaan yang mempunyai nilai tambah kepada sektor pelancongan.

“Tidak ada tempat lain. Satu negeri saja yang ada tempat pelancongan yang terbaik, lokasi terbaik, makanan terbaik, layanan terbaik iaitu di Melaka sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada merasmikan Majlis Kolaborasi Ulang Tahun Ke-55 Mamee X Hard Rock Cafe Melaka di kafe berkenaan, di sini, hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka Nasrul Ahmad dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman.

Mengulas mengenai majlis tersebut, Ab Rauf berharap kejayaan dan perjalanan dua syarikat itu sepanjang 55 tahun dalam industri masing-masing dapat menjadi inspirasi serta memperkukuh lagi kedudukan Melaka sebagai negeri pilihan pelancong.

“Keyakinan syarikat besar untuk memilih Melaka turut membuka ruang kepada usaha mempromosikan keistimewaan negeri ini kepada pasaran lebih luas,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

149
Kongsi :
Previous post TURAPAN BAHARU JALAN TAMAN MESRA RIM SELESAI – DIRA