
MUHAMMAD AHYAD DILANTIK SETIAUSAHA POLITIK KETUA MENTERI MELAKA
SERI NEGERI 19 November – Datuk Muhammad Ahyad Abdullah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh yang baharu.
Majlis angkat sumpah pelantikan diadakan di Pejabat Ketua Menteri di Kompleks Seri Negeri di sini, hari ini.
Angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh dan turut bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh; Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka Datuk Khairul Azreem Mamat serta Mufti Kerajaan Negeri Datuk Wira Abdul Halim Tawil.
Pelantikan Muhammad Ahyad adalah bagi menggantikan Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid yang kini bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu.
Pelantikan itu merupakan sebahagian daripada penyusunan pentadbiran pejabat Ketua Menteri selepas pembentukan Kerajaan Negeri susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.
Muhammad Ahyad sebelum ini merupakan Setiausaha Khas Hal Ehwal Masyarakat Kepada Ketua Menteri.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENGALAMAN URUS HAL EHWAL MASYARAKAT JADI BEKALAN MUHAMMAD AHYAD
SERI NEGERI 19 November - Pengalaman menggalas tanggungjawab sebagai Setiausaha Khas (Hal Ehwal Masyarakat) sebelum ini menjadi bekalan penting buat...
‘TERIMA KASIH MAIM, SUMBANGAN INI BESAR MAKNA BUAT SEKOLAH’
PENGKALAN BATU 19 November - Sumbangan alat siar raya menerusi Tabung Amal Jariah Negeri Melaka yang dikendalikan Majlis Agama Islam...
SITI AISYAH SEDIA TERIMA AMANAH LEBIH BESAR
PENGKALAN BATU 19 November - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu, Siti Aisyah Mahmood terbuka menerima tanggungjawab lebih besar...
TIDAK KEJAR ATAU MEMINTA-MINTA JAWATAN, ITU PENDIRIAN ADUN PAYA RUMPUT
SERI NEGERI 19 November - Tidak pernah mengejar atau meminta jawatan, sebaliknya bersedia memikul apa juga amanah yang diberikan menjadi...
RIDHWAN AKTIFKAN SEMULA ADUAN KOMUNITI UNTUK WARGA AYER MOLEK
SERI NEGERI 19 November - Program Aduan Komuniti yang sebelum ini berjaya mengumpulkan 500 aduan dalam tempoh tiga tahun kini...
MEDIPULIH PERLUAS PERANAN, BINA KOMUNITI LEBIH CAKNA KESIHATAN
BANDA HILIR 19 November - Penjagaan kesihatan tidak seharusnya terhad kepada rawatan ketika sakit, sebaliknya perlu merangkumi pencegahan, pengesanan awal...
