Sorting by

×

MELAKA NEGERI MASA DEPAN YANG SEDANG DIBINA – KM

Masa Membaca:54 Saat

SERI NEGERI 27 April – Melaka pada hari ini bukan lagi sebuah negeri bersejarah, sebaliknya menjadi sebuah negeri masa depan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Jelas beliau, hala tuju negeri ini kini dibina dengan disiplin ekonomi, kestabilan politik dan keyakinan pelabur.

“Kita tidak lagi bercakap tentang potensi semata-mata… tetapi tentang prestasi yang sedang berlaku, angka yang sedang bergerak, dan keyakinan yang sedang meningkat.

“Melaka sedang menghantar mesej yang jelas kepada dunia bahawa kita adalah destinasi pelaburan yang stabil, kompetitif dan bersedia untuk pertumbuhan jangka panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan Usul Terima Kasih Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka pada Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ab Rauf turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kepercayaan yang diberikan untuknya terus menerajui Melaka memasuki tahun ketiga pentadbiran.

Ujar beliau, kepercayaan tersebut dibalas dengan satu amanah yang bukan sahaja dipikul dengan iltizam, tetapi dengan tanggungjawab membina sebuah negeri yang diyakini rakyat dan dipercayai pelabur.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

297
Kongsi :
Previous post KRISIS TENAGA: MELAKA BERI DISKAUN 30 PERATUS SEWA PREMIS PBT
Next post MELAKA SAYANG RAKYAT TUMPU 14 FOKUS UTAMA