Sorting by

×

Melaka perluas tayangan skrin besar acara sukan sempena TMM2024

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

GADEK 21 Jun – Tayangan Big Screen (skrin besar) membabitkan acara sukan khususnya bola sepak akan diperluas di negeri ini sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP Shanmugam berkata, program yang menghimpunkan orang ramai itu akan diperluas bagi memupuk semangat perpaduan di antara rakyat negeri ini melalui acara sukan.

Menurutnya, program tersebut akan menjelajah ke semua Parlimen di Melaka bagi merancakkan lagi sambutan TMM2024.

“Kita lihat setiap program seperti ini (tayangan big screen) yang dianjurkan mendapat sambutan luar biasa dan ia akan diteruskan pada tahun ini dan tahun hadapan.

“Kita menyasarkan program seperti ini juga akan dilaksanakan di kawasan luar bandar bagi memberi peluang penduduk bersama-sama meraikan dan memberi sokongan pada pasukan negara.

“Untuk tahun ini ada dua lagi penganjuran program seperti ini bakal diadakan malah pada tahun hadapan menerusi kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Melaka kita akan jayakannya dan sasarkan di kesemua enam Parlimen di Melaka sebagai antara tarikan bagi menyambut TMM2024,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas merasmikan Program Tayangan Big Screen Melaka 2023 Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1, Malaysia Menentang Papua New Guinea yang diadakan di Dataran Bandar Satelit Pulau Sebang, Alor Gajah, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Hadir sama, Pengarah JBS Negeri Melaka, Khairul Adri Rosli serta tetamu lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2362
Kongsi :
Previous post Agong, Permaisuri berangkat tunai haji
Next post Pelajar jadi penjaga haiwan zoo
Ubah saiz-+=