
MELAKA PERTIMBANG TERUSKAN PROGRAM KURSUS KAHWIN PERCUMA
KESIDANG 27 Februari – Program insentif Pra-Perkahwinan Islam Negeri Melaka secara percuma mendapat sambutan menggalakkan dalam tempoh sebulan sejak penyertaannya dibuka.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, program seliaan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Holdings diumumkan menerusi Bajet 2025 Negeri Melaka yang lalu melibatkan seramai 2,500 anak Melaka.
Katanya, walaupun penyertaan telah penuh dan terpaksa ditutup awal Februari lalu, namun pihaknya tidak menolak kemungkinan sekiranya kursus kahwin percuma itu bakal diadakan lagi sekiranya mendapat permintaan daripada orang ramai.
“Sekiranya mendapat permintaan, Kerajaan Negeri Melaka akan mempertimbangkan untuk menambah bajet untuk pelaksanaan kursus kahwin percuma bagi siri akan datang.
“Inisiatif ini sebenarnya bukti keprihatinan Kerajaan Negeri kepada rakyat khususnya orang muda dengan syarat anak Melaka atau bermastautin di negeri ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Terdahulu, Bajet 2025 Negeri Melaka yang lalu memperuntukkan sebanyak RM300,000 untuk inisiatif Kursus Praperkahwinan Negeri Melaka secara percuma buat 2,500 peserta yang terawal.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
‘TERIMA KASIH JAGA MELAKA’ – AB RAUF ZAHIR PENGHARGAAN BUAT 5,000 PENJAWAT AWAM
AYER KEROH 22 September - Lebih 5,000 penjawat awam negeri dan Persekutuan menerima penghargaan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab...
‘MELAKA TAK RELAKS’ TANDA NEGERI SEDANG BERGERAK MAJU – AB RAUF
AYER KEROH 21 September - ‘Melaka tak relaks’ bukan sekadar menggambarkan padatnya jadual program dan aktiviti kerajaan, sebaliknya menjadi tanda...
JADIKAN MELAKA SAYANG RAKYAT JIWA PERKHIDMATAN AWAM – AB RAUF
AYER KEROH 21 September - Menjadikan Melaka Sayang Rakyat sebagai jiwa perkhidmatan menjadi antara tiga pesanan utama Ketua Menteri Datuk...
MELAKA PERUNTUK RM100,000 UNTUK PEMBANGUNAN BAKAT PENJAWAT AWAM
AYER KEROH 21 September - Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM100,000 bagi pembangunan bakat dan kompetensi penjawat awam Melaka dalam usaha...
93.6 PERATUS PUAS HATI PERKHIDMATAN AWAM MELAKA
AYER KEROH 21 September - Kadar kepuasan rakyat terhadap penyampaian perkhidmatan awam negeri melonjak kepada 93.6 peratus pada Fasa 1...
MELAKA CIPTA REPUTASI ANJUR 2,092 PROGRAM, REKOD 6 JUTA KEHADIRAN
AYER KEROH 21 September - Sebanyak 2,092 program utama anjuran Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah dilaksanakan di Melaka sepanjang...

