JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT DUN DURIAN TUNGGAL TERIMA SAMBUTAN LUAR BIASA

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

DURIAN TUNGGAL 21 September – Siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat menjadi satu program yang ditunggu-tunggu oleh orang Melaka.

Ianya terbukti apabila penganjuran Kenduri Rakyat di Kampung Pulau, Pulau Indah bersempena sempena Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal dihadiri lebih 3,000 penduduk sekitar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Zahari Abd Kalil berkata, jumlah kehadiran itu jauh melebihi jangkaan awal iaitu sekitar 1,000 orang sahaja.

Katanya, konvoi sempena jelajah itu pula berjaya menghimpunkan lebih 300 orang penunggang motosikal.

Zahari yang juga Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri berkata, jelajah berkenaan adalah pelengkap kepada Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Durian Tunggal berlangsung sebelum ini.

“Alhamdulillah, sambutan memang luar biasa. Saya sasarkan lebih kurang 1,000 orang, tetapi yang datang dianggarkan lebih 3,000 orang.

“Syukur akhirnya dapat juga dilaksanakan program ini sebab sebelum ini beberapa kali telah ditangguhkan namun akhirnya dapat juga dilaksanakan dan sambutannya amat luar biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui selepas menyempurnakan Siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat DUN Durian Tunggal, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pegawai Daerah Alor Gajah Datuk Sabrina Thalas serta kenamaan lain.

Pada program sama lebih 100 asnaf menerima sumbangan kit makanan sementara itu lebih 1,000 kampit beras sumbangan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh turut diagihkan kepada pengunjung yang hadir.

Lebih menarik lagi, lebih 200 topi keledar turut diagihkan kepada peserta konvoi Siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

332
Kongsi :
Previous post TOK RAUF TIUP SEMANGAT, PERKASAKAN SENI SILAT DI MELAKA
Next post TURUN PADANG WRUR, JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT BAWA SINAR BUAT PESAWAH