Sorting by

×

MELAKA PERUNTUK RM176.9 JUTA UNTUK KEBAJIKAN RAKYAT TAHUN INI

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

SERI NEGERI 27 April – Kerajaan Melaka memperuntukkan RM176.9 juta sehingga hujung tahun ini bagi bantuan kebajikan untuk rakyat memerlukan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, setakat April 2026, sejumlah RM63.1 juta telah dibelanjakan dan memberi manfaat kepada lebih 34,000 penerima.

Jelas beliau, antara yang paling memberi kesan kepada rakyat adalah bantuan kebajikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada 27,000 penerima.

“Selain itu, bantuan lampin pakai buang dewasa pulan memberi manfaat kepada lebih 2,653 penerima melibatkan peruntukan berjumlah RM875,261.

“Bantuan susu orang terlantar pula membabitkan peruntukan berjumlah RM1.09 juta yang disalurkan kepada lebih 370 orang penerima setakat ini

“Ini semua mungkin nampak kecil dalam angka, tetapi besar maknanya kepada kehidupan rakyat yang sedang berdepan cabaran kos hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan Usul Terima Kasih Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka pada Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas, di sini, hari ini.

Menurut Ab Rauf, pendekatan kebajikan Melaka bukanlah statik, sebaliknya ia fleksibel dan responsif kepada krisis.

Jelas beliau, jika keadaan ekonomi global bertambah tekanan, kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk menyemak semula dan menambah peruntukan kebajikan, berdasarkan keperluan semasa dan kemampuan fiskal negeri.

“Dalam apa jua keadaan ekonomi, prinsip kita kekal sama; selagi ada rakyat yang memerlukan, selagi itu kerajaan tidak akan berhenti membantu,” tambahnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

190
Kongsi :
Previous post MELAKA LAKSANA PELAN JANGKA PENDEK PASTIKAN SUMBER AIR MENTAH MENCUKUPI
Next post PERANTI ‘GPS’ MODENKAN NELAYAN MELAKA