
MELAKA PERUNTUK RM3 JUTA SKIM BANTUAN RUMAH PERCUMA
SERI NEGERI 27 Disember – Program Melaka Rumahku, iaitu Skim Bantuan Pembinaan Rumah Baharu secara percuma diteruskan Kerajaan Negeri pada tahun depan.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, program itu membabitkan peruntukan berjumlah RM3 juta.
Menurutr beliau, setakat ini, sebanyak 34 unit rumah telah berjaya disiapkan menerusi program Melaka Rumahku membabitkan kesemua tiga daerah dalam Negeri Melaka.
“Kerajaan negeri juga mencadangkan agar dana wakalah agensi dan anak syarikat daripada Pusat Zakat Melaka digunakan untuk memperbanyakkan pembinaan rumah di bawah program ini tertakluk kepada syarat-syarat penggunaan wang zakat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025, di Dewan Undangan Negeri Melaka, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Ketua Menteri turut memaklumkan inisiatif Program Rumah Transit iaitu rumah perlindungan bagi menyantuni rakyat yang terjejas akibat bencana atau kecemasan akan diteruskan dengan tambaham tiga lagi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun depan.
Jelas beliau, tiga DUN itu adalah Lendu, Serkam dan Pantai Kundor.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUN AYER LIMAU: LEBIH RM1 JUTA NAIK TARAF JALAN, LONGKANG
AYER LIMAU 5 Oktober - Lebih RM1 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Kementerian Ekonomi dan...
GLAMPING TASIK CHINCHIN MULA DIBANGUNKAN 2027
AYER KEROH 5 Oktober - Pembangunan kemudahan 'glamping' di Taman Ekstrem Tasik Chinchin, Jasin dijangka bermula Januari tahun depan selepas...
TANJUNG BIDARA BUKA DIMENSI BAHARU EKONOMI DIGITAL
TANJUNG BIDARA 5 Oktober - Tanjung Bidara bakal mencipta dimensi baharu dalam sektor ekonomi dan teknologi apabila sebuah pusat data...
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
