Melaka sasar pelaburan bernilai lebih RM8.2 billion tahun ini

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

BANDARAYA MELAKA 17 Ogos – Kerajaan Negeri menyasarkan industri pelaburan mencapai lebih RM8.2 billion tahun ini berikutan Melaka berada di landasan terbaik untuk menarik kedatangan pelabur.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pihaknya yakin selepas nilai pelaburan RM5 bilion yang diletakkan pada tahun lalu telah melebihi sasaran Kerajaan Negeri.

Jelasnya, setakat ini nilai pelaburan yang diterima di Melaka mencecah RM8.2 billion daripada pelbagai industri namun nilai pelaburan itu dijangka meningkat dari semasa ke semasa.

“Sepanjang tempoh saya mengurus tadbir negeri ini saya lihat keyakinan pelabur untuk datang melabur di Melaka ini semakin bertambah dan mereka juga sedang mengembangkan perusahaan-perusahaan dalam bidang-bidang yang mereka jalankan di negeri ini.

“Misi menjadikan Melaka sebagai negeri mesra pelabur serta mesra perniagaan ini berada pada landasan yang betul dan dapat dilihat bahawa kedatangan pelabur di negeri ini telah melepasi sasaran yang ditetapkan.

“Ini merupakan hala tuju yang progresif antara kerjasama Kerajaan Negeri dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) yang telah banyak memberikan pelabur-pelabur ini untuk datang melabur di Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menjadi tetamu pada konti Program Bicara Ketua Menteri @ Konti Melaka FM di Pejabat Radio Televisyen Malaysa (RTM) Melaka, di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, nilai pelaburan yang diterima di Melaka mampu membawa impak kepada rakyat apabila lebih banyak peluang pekerjaan ditawarkan buat anak jati negeri ini.

“Sasaran Melaka pada tahun lalu hanya mensasarkan nilai pelaburan RM5 billion bagi pelabur yang memasuki ke Melaka.

“Jadi setiap nilai billion itu akan menawarkan lebih 500 peluang pekerjaan akan ditawarkan untuk dinikmati oleh rakyat di negeri ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

787
Kongsi :
Previous post Pembinaan Taman Tema Upin Ipin di Melaka sedang diteliti
Next post 688 kes denggi direkodkan pada ME 32
Ubah saiz-+=