Melaka sasar terima 1.1 juta pelancong 2022 – KM

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

RIM 1 Jan – Kerajaan negeri menyasarkan lebih 1.1 juta kehadiran pelancong ke Melaka sepanjang tahun ini.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, dengan kepelbagaian produk pelancongan yang akan dan diketengahkan menarik lebih ramai pelancong untuk melancong ke Melaka.

Beliau berkata, walaupun negara masih lagi terkesan dengan COVID-19 dan yang terbaharu penularan varian Omicron tetapi itu tidak memutuskan semangat kerajaan negeri untuk produk pelancongan baharu.

“Walaupun jumlah pelancong tahun lepas tidak seperti mana yang kita sasarkan tetapi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya sudah meminta Exco pelancongan memperbanyakkan produk baharu.

“Seperti yang disebut tempoh hari kita sasarkan 1.1 juta pelancong dan saya tanya balik, kita kena sasarkan lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan penutupan Rim Charity Fun Ride 2022 dan Kenduri Kesyukuran DUN Rim, di Japerun Rim, hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar dan ADUN Merlimau Dr Muhamad Akmal Saleh serta mantan ADUN Rim, Datuk Wira Ghazale Muhamad.

Sulaiman berkata, selain memperkenalkan produk pelancongan dibawah Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) beberapa lagi produk baharu antaranya Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan Melaka World Heritage juga menyumbang kepada kedatangan pelancong.

“Bukan sahaja produk pelancongan pantai, PERZIM juga ada beberapa produk baharu begitu juga Melaka World Heritage, kalau kita buka sudah ada kawasan yang akan dikenakan fees kepada pelancong yang datang dari luar negara.

“Selain beberapa produk baharu seperti bot Everlasting Love Melaka River Cruise dan Teksi Air beberapa lokasi juga akan diadakan festa makanan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sektor pelancongan adalah antara penyumbang terbesar kepada ekonomi negeri.

“Pelancongan adalah ‘people economy’, apabila ramai pelancong ke Melaka ia beri pulangan kepada rakyat itu yang utama.

“Kerana orang boleh berniaga, hotel dan chalet serta pusat pelancongan boleh buka dan bila buka orang dapat bekerja,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

811
Kongsi :
Previous post Banjir: Bomba selamatkan tujuh keluarga terperangkap di Gadek
Next post Banjir: Mangsa di Melaka meningkat 384 orang setakat 12 tengah hari
Ubah saiz-+=