Melaka sedia anjur festival, pertandingan kompang

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 16 November – Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Negeri Melaka sedang merancang beberapa festival dan pertandingan melibatkan kompang serta gendang dalam masa terdekat.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, usaha-usaha untuk menghidupkan alat muzik seni warisan itu perlu dilakukan untuk mengelakkan ia lenyap ditelan zaman.

Menurutnya, antara program yang bakal dirancang ialah mengadakan Pesta Gendang Nusantara yang direncanakan pada awal Disember tahun ini, kini sedang menunggu kelulusan.

“Pesta ini akan melibatkan gendang nusantara termasuk pasukan-pasukan kompang di negara ini.

“Kompang ini merupakan kategori beduk termasuk jidor dan gendang.

“Selain itu, kita juga akan merencanakan bengkel kompang dan gendang untuk menjadi aktiviti bulanan bagi menghidupkan semula seni warisan yang semakin dipinggirkan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

bpp perkasa kompang 2
MUHAMMAD Jailani

Mengulas lanjut, Muhammad Jailani berharap, hasil bengkel dilaksanakan akan melahirkan pembuat dan pewaris kompang di Negeri Melaka.

“Kita dapati kebanyakan persatuan kompang menempah alat muzik tradisional itu dari Johor kerana tiada lagi pembuat aktif di sini.

“Kemungkinan bengkel bakal dilaksanakan khusus untuk membantu usaha melahirkan pembuat kompang dan kita akan bekerjasama dengan pihak yang boleh membantu daripada segi mesin dan peralatan lain diperlukan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3322
Kongsi :
Previous post Paluan kompang kian sepi?
Next post Melaka salur peralatan keselamatan nelayan laut
Ubah saiz-+=