Melaka salur peralatan keselamatan nelayan laut

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

TANJUNG BIDARA 16 November – Prihatin dengan nasib nelayan yang terkesan akibat Monsun Timur Laut, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi menyalurkan peralatan keselamatan kepada nelayan laut.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, peruntukan itu disalur di bawah Inisiatif Kelangsungan Nelayan, Petani dan Penternak bagi menambah baik skim subsidi peralatan kepada golongan itu.

Katanya, menerusi peruntukan itu, seramai 1,157 nelayan yang berdaftar di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menerima bantuan terbabit.

“Penyerahan jaket keselamatan dan ‘head lump’ kepada semua nelayan Negeri Melaka dengan peruntukan sebanyak RM100,000.

“Untuk mempertingkatkan keselamatan kepada nelayan, kerajaan turut mengeluarkan peruntukan tambah naik taraf bot serta peralatan keselamatan lain yang disalurkan Agro Bank serta memberi pinjaman.

“Selain itu kita juga sentiasa memantau menaik taraf keselamatan bot nelayan. Jika ada yang uzur atau perlukan pembaikan, kita akan bantu dengan cara bersesuaian,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Program Penyampaian Bayaran Insentif Sara Hidup One-Off Kepada Nelayan Negeri di Kompleks Japerun Tanjung Bidara.

Hadir sama, Exco Perindustrian, Pelaburan, Pembangunan Usahawan dan Koeprasi negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Pengarah Perikanan Negeri, Mohd Fauzi Salehon.

Dalam pada itu, mengenai bayaran insentif tersebut, Ahmad berkata Kerajaan Negeri turut prihatin menyalurkan bantuan insentif sara hidup one-off kepada nelayan dengan peruntukan sebanyak RM1.18 juta.

“Hari ini, seramai 327 nelayan berdaftar di daerah Alor Gajah menerima insentif bagi kali keempat yang berjumlah RM250 setiap orang.

“Insentif ini adalah di bawah Strategi Mengupaya Sektor Pertanian dalam Bajet Melaka 2022.

“Saya percaya dalam tempoh kempen masyarakat ingin melihat bagaimana kita yakinkan mereka, perancangan hebat tanpa usaha tidak ke mana, kita mahukan usaha untuk merealisasikan perancangan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2775
Kongsi :
Previous post Melaka sedia anjur festival, pertandingan kompang
Next post Majikan swasta digesa beri pelepasan cuti am pada Jumaat, Sabtu ini
Ubah saiz-+=