Melaka Smart Pole perluas capaian 5G di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

BANDA HILIR 8 Disember – Kerajaan Negeri akan melaksanakan pemasangan tiang pintar atau ‘Melaka Smart Pole’ sebagai projek perintis bagi kemudahan jaringan capaian jalur lebar 5G bermula tahun hadapan.

Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri, Datuk Rais Yasin berkata projek pemasangan tiang pintar itu akan bermula dalam daerah Melaka Tengah.

Katanya, projek perintis itu dijangka akan menjadi pemula kepada usaha menyebar luaskan capaian internet berkelajuan tinggi di negeri ini.

“Kerajaan Negeri menerusi Melaka ICT Holdings Sdn Bhd (MITCH) telah pun memulakan perbincangan dengan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini sejak awal tahun ini (2022).

“Dan perbincangan tersebut bertujuan untuk membincangkan kawasan sesuai untuk pemasangan ‘Smart Pole’ di bawah kawasan jajahan mereka (PBT).

“Saya amat berharap dan positif, pada tahun hadapan, Melaka akan menjayakan projek Smart Pole ini, kerana apa yang penting, ‘coverage’ menyeluruh dan mampu menampung permintaan tinggi pengguna pada satu-satu masa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Perbincangan Meja Bulat sempena Persidangan Antarabangsa Smart Melaka 2022, di sebuah hotel di Banda Hilir, semalam.

Mengulas lanjut, Rais berkata projek Melaka Smart Pole itu turut disenaraikan dalam projek ‘Quick Win’ Blueprint Melaka 2035, yang menjadi dokumen panduan utama pelaksanaan transformasi digital di Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2406
Kongsi :
Previous post Isu dana RM600 bilion: Tengku Zafrul sahkan belum dipanggil SPRM
Next post Muat naik video guna senjata api tanpa lesen, calon PRU15 ditahan
Ubah saiz-+=