
Muat naik video guna senjata api tanpa lesen, calon PRU15 ditahan
KUALA LUMPUR, 8 Dis – Polis menahan seorang calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi membantu siasatan berhubung kes penggunaan senjata api tanpa lesen serta kebenaran, yang videonya dimuat naik di media sosial.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Ku Mashariman Ku Mahmood berkata wanita berusia 28 tahun itu ditahan bersama rakannya, seorang lelaki berumur 41 tahun di Petaling Jaya, Selangor, kira-kira 10.20 malam tadi.
Beliau berkata tangkapan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan 6.53 petang semalam, berhubung kejadian seorang warga tempatan memuat naik klip melakukan latihan menembak tanpa kebenaran di Lapang Sasar Kelab Menembak Selangor di media sosial.
Katanya video itu dimuat naik oleh wanita itu di dua platform media sosial miliknya iaitu TikTok dan Instagram.
“Polis turut merampas sepucuk pistol jenis Glock 19, satu kelopak peluru jenis Glock, 12 butir peluru hidup, kad Persatuan Menembak Selangor dan telefon bimbit bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ku Mashariman berkata kedua-dua individu itu ditahan reman empat hari sehingga 11 Dis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8(A), 8(B) dan 41 Akta Senjata 1960 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MUZIUM KAPAL SELAM TAMPIL WAJAH BAHARU, SEDIA PIKAT PELANCONG
KLEBANG 1 November - Muzium Kapal Selam kini tampil dengan wajah baharu selepas kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan selesai dilaksanakan, sekali...
NAIK TARAF PENCAWANG ELEKTRIK PEMANGKIN PEMBANGUNAN SELANDAR
ASAHAN 1 November- Penggunaan tenaga elektrik yang semakin meningkat susulan pembangunan semakin rancak sekitar Selandar, mendorong kepada penyediaan Bangunan Pencawang...
IBU BAPA HARGAI SOKONGAN TOK HAMEED TERHADAP ANAK ISTIMEWA
AYER LIMAU 1 November - Sokongan kepada keluarga yang membesarkan anak berkeperluan khas amat bermakna, terutama apabila kos penjagaan dan...
PRN MELAKA: HELMY BAWA ‘KAD PRESTASI’ KE GELANGGANG DUYONG
DUYONG 1 November - Rekod perkhidmatan sepanjang lima tahun lalu menjadi sandaran calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Noor Helmy...
PRN MELAKA: ‘AH SEM’ CALON NOMBOR 1 DUN MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 31 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem atau lebih dikenali...
PRN MELAKA: BILIK GERAKAN SPRM BEROPERASI 24 JAM
AYER KEROH 31 Oktober - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka bilik gerakan beroperasi 24 jam sepanjang berlangsungnya Pilihan Raya...
